Ketua Menteri Melaka Presiden Baharu MUSA

Teka-teki mengenai kedudukan Damian Yeo Shen Li sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akhirnya terjawab selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta pada hari ini.

Beliau mengumumkan perkara itu menerusi akaun Facebook peribadinya sekaligus menjawab persoalan mengenai hasil perbincangannya bersama Ketua Menteri Melaka di Pejabat Ketua Menteri tempoh hari.

Dalam ucapannya, Damian berterima kasih kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari kerana memberi peluang kepadanya untuk menerajui kepimpinan MUSA selama lima bulan.

“Ingin juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf MUSA, barisan Exco, pemain-pemain dan semua penyokong pasukan Melaka yang berdiri di belakang saya dengan memberi sokongan yang kuat kepada saya selama ini.

“Dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri pada hari ini, ingin saya meletak jawatan saya sebagai Presiden MUSA berkuat kuasa dengan serta merta, ini adalah termasuk dengan exco-exco yang di lantik oleh saya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan beberapa perkara yang perlu diambil berat terutamanya isu hutang yang masih belum selesai dan berharap kepimpinan yang baharu dapat mengukuhkan kewangan MUSA.

Beliau turut menjelaskan hari pertama menjadi presiden pada 1 November lalu, MUSA mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM11 juta yang mana 70 peratus daripadanya adalah hutang pemain-pemain.

Dalam tempoh hanya lima bulan, beliau telah pun berjaya menyelesaikan sebanyak RM5.7 juta iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan termasuk RM2.6 juta yang diusahakan oleh dirinya sendiri.

“Buat masa ini sebanyak RM1.4 masih tertunggak kepada pasukan Presiden 2018/2019, Belia 2018/2019, pengurusan dan agensi statutori yang perlu dibayar. Kerana ini Melaka bakal ditolak mata. Disebabkan isu politik dan coronavirus yang berpanjangan akan dan sedang mengugat masalah kewangan MUSA buat masa ini.

“Jika di beri masa, saya mungkin dapat meyelesaikan masalah hutang ini dan mengukuhkan kewangan MUSA. Saya juga berharap semua penyokong teruskan menyokong pasukan Melaka dan saya juga berharap pasukan di bawah MUSA terus kehadapan.”

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali mengesahkan beliau merupakan Presiden MUSA yang baharu memandangkan perlembangaan persatuan itu telah menetapkan Ketua Menteri terlantik secara automatik ke jawatan tertinggi tersebut.

“Buat masa ini, sayalah Presiden MUSA, Jika saya terus memegang jawatan ini, saya akan terus memimpin pasukan bola sepak ini demi kebaikan negeri.

“Saya akan melihat semula struktur MUSA itu sendiri, mereka (pengurusan MUSA) akan maklumkan kepada saya serta memberi penerangan serba sikit mengenai kewangan MUSA dan sebagainya,” kata Sulaiman ketika ditembual Melaka Kini.

Menurut ADUN Lendu itu, beliau akan menilai semula struktur MUSA dan masih memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk bekerjasama dalam membangunkan sukan bola sepak di negeri itu.

Kredit Foto: Facebook Damian Yeo

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Damian Yeo dan Melaka United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN