Damansara Bulls Beri Peluang Rasai Pengalaman Berlatih Bersama Jurulatih Profesional

Pasukan liga sosial, Damansara Bulls kini telah mengambil satu langkah proaktif untuk mendekatkan entiti tersebut dengan komuniti.

Mereka kini memberikan peluang kepada anda semua untuk menikmati pengalaman menyertai sesi latihan bola sepak yang dikendalikan oleh jurulatih profesional.

Menurut laman rasmi mereka di Facebook, Damansara Bulls mengatakan yang mereka akan melakukan sesi latihan terbuka kepada anda semua pada 29 Jun 2019 bersamaan hari Sabtu.

Gambar: Syamil Rosli // Aremil Works

Ianya akan diadakan di Rhino Arena, Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur dari jam 9 hingga 11 pagi.

Nampak menarik bukan? Untuk menyertai sesi ini, yuran sebanyak RM30 diperlukan untuk membolehkan anda menikmati corak kejurulatihan yang dikendalikan oleh jurulatih Damansara Bulls yang merupakan pemegang lesen kejurulatihan FAM.

Damansara Bulls juga tidak menolak kemungkinan sekiranya anda mempunyai potensi yang tinggi ketika sesi latihan, anda akan diserap untuk menyertai pasukan utama mereka yang kini beraksi di MY City League!

Jadi, apa tunggu lagi? Mari sertai dengan hubungi mereka dengan hantarkan pesanan di laman rasmi Damansara Bulls sekarang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN