Daley Blind Akui Risau Tentang Masa Hadapan Di Old Trafford

Daley Blind mengakui beliau tidak pasti sama ada masih diperlukan di Old Trafford ataupun tidak pada musim hadapan.

Namun begitu beliau menyatakan kemahuannya untuk terus berkhidmat dengan kelab Inggeris tersebut.

Daley Blind kehilangan tempat dalam pasukan utama Jose Mourinho. Beliau menjadi antara regular di dalam kesebelasan utama apda awal musim.

Blind mengakui dirinya masih belum mendapat apa-apa bayangan tentang masa depan beliau di Old Trafford. Ada sumber mendedahkan Jose Mourinho kemungkinan akan menjual Blind dalam pasaran perpindahan pra-musim akan datang.

Kontrak semasa Daley Blind akan berakhir pada 2018 dan masih belum mendapat apa-apa tawaran kontrak lanjutan. Beliau berkata kepada Daily Mirror:

“Saya tidak begitu tahu apa yang akan berlaku kepada masa depan saya bersama Manchester United. Saya juga tidak mahu untuk terlalu memikirkannya.”

“Tetapi, mana ada pemain di dunia ini yang tidak mahu kekal bersama Manchester United? Cuma itu yang saya dapat katakan kepada anda buat masa ini.”

Blind menyertai United dari Ajax selepas aksi cemerlang pada Piala Dunia 2014. Beliau boleh bermain di pelbagai posisi di pertahanan dan bahagian tengah. Memiliki kemampuan bola mati serta hantaran panjang yang sangat baik.

Blind berharap dapat beraksi menentang kelab lama beliau dalam malam perlawanan akhir UEL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN