Dah Tandatangani Noor Rawabdeh, Mungkin Seorang Lagi Pemain Jordan Sertai Selangor?

Selangor secara rasminya sudah pun menandatangani kontrak lanjutan mereka bersama pemain tengah kebangsaan Jordan, Noor Al Rawabdeh untuk saingan musim hadapan.

Ianya telah pun dikongsikan pada beberapa hari lalu menerusi laman rasmi Selangor dengan menyatakan Rawabdeh akan meneruskan servis beliau bersama pasukan tersebut untuk musim 2024/2025.

“Dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa pemain tengah kami, Noor Al-Rawabdeh, ‘The Engineer’, akan meneruskan khidmatnya bersama kami untuk musim 2024/2025 yang akan datang.

“Beliau menamatkan musim pertamanya dengan 28 penampilan di mana dia turut menyumbang 5 gol dan 3 bantuan jaringan secara keseluruhan,” jelas kenyataan tersebut.

Rawabdeh yang menyertai Selangor pada tahun lalu jelas menjadi antara kunci kekuatan utama pasukan berkenaan bersama aksi cukup menyakinkan di posisi tengah Selangor.

Selain bijak mengawal tempo permainan, Rawabdeh memiliki keupayaan cukup tinggi daripada segi gelecekan serta tenang menyusun setiap pergerakan.

Malah, pemain tengah tersebut juga memiliki kualiti dalam membuat umpanan berbahaya kepada rakan serangan serta mempunyai naluri cukup tinggi untuk menyudahkan setiap peluang terhidang.

Bersama Jordan di Piala Asia, Rawabdeh menjadi antara pemain paling mencuri tumpuan terutama sekali ketika membabitkan aksi bertemu Malaysia.

Ketika ini, timbul tanda tanya jika Selangor mungkin akan meneruskan ‘trend’ mereka seperti tahun-tahun lalu untuk menandatangani dua pemain Jordan bersama pasukan tersebut.

Untuk rekod, Selangor pernah menandatangani khidmat Baha’ Abdel-Rahman serta Yazan Al-Arab yang merupakan pemain kebangsaan Jordan.

Menerusi nama-nama dicadangkan oleh peminat Selangor, pemain seperti Mousa At-Tamari serta Yazan Al-Naimat antara sesuai memperkasakan posisi serangan pasukan tersebut.

Malah, nama bekas penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Mahmoud Al-Mardi turut menjadi perhatian penyokong The Red Giants untuk aksi musim hadapan.

Pada jangkaan kami, Selangor mungkin akan menandatangani seorang lagi pemain kebangsaan Jordan dan memfokuskan kepada aspek serangan bagi saingan hadapan untuk menggantikan khidmat Ayron Del Valle yang dilaporkan tidak kekal bersama kelab itu.

Bagaimana pula pandangan anda? Pemain Jordan mana sesuai menyertai Selangor untuk saingan aksi hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN