Federico Valverde telah muncul sebagai pemain penting buat skuad Real Madrid pada musim ini. Tetapi perjalanannya untuk mencapai tahap ini tidaklah semudah yang difikirkan.
Semasa tempoh perpindahan musim panas yang lepas, Real Madrid telah membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar untuk mendapatkan pemain-pemain baharu, kecuali sasaran utama Zinedine Zidane iaitu Paul Pogba.
Mungkin menurut Zidane, pemain Perancis tersebut adalah pelengkap kepada titik kelemahan yang perlu segara beliau perbaiki dalam menjayakan projek pembinaan semula pasukannya.
Namun di sebalik ketibaan Eden Hazard, Luka Jovic, Eder Militao, Ferland Mendy, Eder Militao dan Rodrygo yang telah menelan belanja kira-kira €300 juta, akhirnya pemain yang muncul sebagai watak penting di Santiago Barnebeu adalah Federico Valverde.
Historia que tú hiciste
— Fede Valverde (@fedeevalverde) March 6, 2020
historia por hacer…
118 años del club que estoy tan a gusto 🖤🤍 #HalaMadridynadamas pic.twitter.com/RsUu2Fhe5k
Gigih, serba boleh dan bijak mengawal bola. Mungkin dari segi teknikal pemain muda Uruguay ini tidaklah sebaik Pogba, tetapi daya pemikirannya yang hebat di atas padang menjadikan beliau jentera tengah cukup cekap dalam mengatur serangan pasukan.
Valverde merupakan produk dari akademi Penarol, sebuah kelab yang berpangkalan di tempat kelahirannya, Montevideo, Uruguay. Beliau menyertai Real pada musim panas 2016 dan telah dipinjamkan ke Derpotiva La Coruna selama semusim.
Selepas beberapa tahun berkelana di Sepanyol, akhirnya Zidane mula memberi peluang kepadanya pada penghujung musim lepas dan beliau telah membuktikan kualiti dan kemampuannya untuk menjadi pemain utama Los Blancos.
Untuk bersaing dengan tiga pemain tengah terbaik dunia seperti Toni Kroos, Luka Modric dan Casemiro bukanlah sesuatu yang mudah untuk mana-mana pemain muda. Tetapi Valverde telah membuktikan beliau mampu mengisi ‘kelompongan’ yang diisi oleh Zidane dengan usaha mendapatkan Paul Pogba sebelum ini.
Valverde: "Zidane talks as if he was your friend" https://t.co/Rh2dEsHh4x pic.twitter.com/zWMQOc7SEe
— Managing Madrid (@managingmadrid) April 18, 2020
Pada usia 21 tahun, Valverde kini sudah pun menjadi pemain utama pasukan terbaik Eropah dengan bekas pemenang Ballon d’Or, Luka Modric dan Toni Kross yang lebih banyak digilirkan. Beliau menjadi pemain kesebelasan utama dalam kedua-diua aksi El Clasico dan juga derbi Madrid.
Tanpa perlu berbelanja sehingga ratusan juta euro, Real Madrid sudah pun memiliki figura yang cukup popular dalam kalangan penyokong. Jadi apa perlunya mereka dapatkan Pogba?