D.S Najib Razak Janji Akan Kembalikan Selangor Ke Stadium Shah Alam Jika BN Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak memang seorang peminat bola sepak. Semua kita tahu yang beliau merupakan peminat no.1 Manchester United.

Dalam satu ucapan beliau pada majlis penutupan perhimpunan Gerakan Belia 4B di Kampung Chucuh di Sepang semalam, Datuk Seri Najib bersimpati dengan nasib pasukan bola sepak Selangor yang tidak dapat menggunakan Stadium Shah Alam yang dianggap keramat bagi mereka.

Datuk Seri Najib menyatakan beliau merasai denyut nadi generasi muda di Selangor yang menjadikan bola sepak sebagai sukan no.1 serta Selangor sebagai pasukan utama mereka.

Selangor tidak dapat menggunakan stadium Shah Alam selepas berlaku konflik dalaman di antara pihak pengurusan. Selangor kemudian mengumumkan Bukit Jalil sebagai rumah mereka musim 2018.

Namun niat itu terhalang selepas Stadium Nasional itu tidak memberikan jaminan akan boleh digunakan Selangor sepanjang musim 2018.

Stadium Shah Alam dibuka pada 1994 merupakan bekas gelanggang rasmi Selangor.

Selangor tidak mahu beraksi sebelah petang dan terpaksa melupakan Selayang yang tak lulus piawaian lampu limpah stadium. Akhirnya Selangor berkongsi Stadium Cheras dengan musuh setempat, Kuala Lumpur.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan mengembalikan semula Gergasi Merah ke rumah mereka di Stadium Shah Alam jika parti pimpinan beliau, Barisan Nasional kembali memerintah Selangor pada Pilihanraya Umum ke-14.

“Kami (BN) akan serahkan semula Stadium Shah Alam kepada Gergasi Merah.”

“Jika Belia 4B Selangor membantu kemenangan BN di Selangor, BN akan menyerahkan semula Stadium Shah Alam kepada Selangor.”

Buat masa ini Stadium Shah Alam menjadi halaman kepada PKNS FC dan juga Felcra FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN