Cuti Ehsan Romelu Lukaku Diluluskan, Diberi Pengecualian 2 Perlawanan

Hasrat penyokong Man. United untuk melihat aksi pertama Lukaku di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada minggu ini tidak kesampaian.

Ini kerana Man. United telah meluluskan cuti ehsan kepada Romelu Lukaku. Penyerang antarabangsa Belgium tersebut dilaporkan diberikan perlepasan khas 2 perlawanan. Namun begitu, tidak ada maklumat lanjut tentang sebab cuti ehsan tersebut.

Jadi, Lukaku buat masa ini dilaporkan hanya mahu menggunakan cuti beliau untuk berehat dan kemudiannya menyambut natal. Ini bermakna beliau juga tidak akan terlibat dalam perlawanan boxing day menentang Huddersfield.

Jadi, Lukaku dijangka hanya akan kembali beraksi pada 30 Disember menentang Bournemouth.

Berita ini pastinya kurang disenangi oleh Ole Gunnar Solskjaer yang dalam usaha mahu membentuk Lukaku sebagai penyerang utama pasukan beliau.

Solskjaer dijangka akan mengembalikan terus Paul Pogba ke dalam kesebelasan utama pada Sabtu ini.

Solskjaer menyatakan beliau mahu semua pemain tahu bahawa beliau mahu memulakan segalanya dengan ‘bersih’ – tanpa perlu memikirkan apa yang berlaku di antara mereka dan Mourinho sebelum ini.

Solskjaer berharap para pemain dapat merebut kesempatan yang ada untuk membuktikan bahawa mereka selayaknya menjadi pemain Mancheter United. Beliau juga berjanji akan memberikan pemain lebih kebebasan dalam permainan untuk memastikan mereka seronok bermain.

“Kita mahukan pemain menikmati bola sepak. Kita bermain untuk penyokong, demi maruah, demi kelab dan untuk sejarah kelab ini,” kata beliau dalam temuramah pertama sebagai interim di Man. United.

Tugasan pertama Solkskjaer adalah bertandang ke Cardiff – yang juga merupakan kelab lama yang diuruskan beliau sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN