Lazio akan menutup Curva Nord mereka di Stadio Olimpico untuk 2 perlawanan di tempat sendiri selepas ini. Hal ini kerana ultras Lazio telah menyanyikan ‘chant’ berbentuk perkauman dalam perlawanan menengan Sassuolo sebelum ini.
Jawatankuasa tatatertib Serie A mengeluarkan hasil siasatan mereka tentang perkara ini pada Selasa dan mendapati sekitar 2,000 daripada hampir 6,000 penyokong di seksyen tersebut telah menyanyikan chant perkauman tersebut.
‘Chant’ tersebut ditujukan kepada pemain lawan iaitu Claud Adjapong dan Alfred Duncan.
Adjapong mengakui dia mendengar dengan jelas sorakan yang ditujukan kepadanya. Namun dia ‘memekakkan’ telinga. Sebelum ini ramai pemain meninggalkan padang kerana diserang dengan sorakan seperti itu.
Insiden ini telah disaksikan oleh pegawai perlawanan dan pengadil pertama. Mereka kemudiannya membuat laporan kepada badan pengurusan liga.
Jadi, 2 perlawanan Lazio akan beraksi tanpa sorakan dari Curva Nord dalam perlawanan menetang Cagliari dan Udinese.
Pada musim lalu, Curva Nord Lazio juga dikenakan tindakan yang sama selepas kesalahan yang sama.
Pihak kelab pastinya kecewa dengan insiden ini kerana Lazio beraksi agak cemerlang dalam permulaan liga musim ini. Mereka berada di tangga ke-4 dan hanya dibezakan 5 mata daripada pendahulu liga.
Diharap insiden ini tidak lagi berulang selepas ini. Bola sepak itu harus bebas daripada sebarang unsur perkauman.