Curran Ferns: Satiananthan Antara Jurulatih Terbaik Di Malaysia

Curran Ferns

Pemain Melaka United, Curran Ferns menegaskan bahawa bekas pengendali Selangor yang baharu sahaja dipecat, B. Satiananthan merupakan antara jurulatih terbaik yang dimiliki Malaysia.

Satiananthan yang mula membimbing Selangor pada musim 2019 dirundung nasib malang apabila beliau secara rasminya dipecat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

Sudah pastinya kekalahan 1-6 Selangor di tangan pendahulu CIMB Liga Super Malaysia 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu menjadi sebab utama pemecatan pengendali berusia 62 tahun itu.

Satiananthan juga bukanlah asing buat Curran Ferns kerana mereka berdua pernah bekerjasama ketika masing-masing membawa cabaran Felda United pada musim 2017.

Sehubungan dengan itu, pemain kacukan Malaysia-Australia itu memberikan penghargaan terhadap bekas jurulatihnya itu dengan mengatakan bahawa Satiananthan merupakan jurulatih terbaik yang pernah membimbingnya menerusi laman sosial peribadi milik beliau.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

As a former player for Sathia who has worked closely with him, I can honestly say he is one of the best coaches in Malaysia and one of the best I have played for ever here and overseas. Sathia is a coach who I like to call “Mourinho”, a pure football man who protects his players, and is a tactical genius. we always talk about modern tactics, he is up there never a man who stays with old ways and always follows many things that modern football is played Over my time spent in Malaysia, all players I know that play for him have the utmost respect. When I was at Felda United, players would fight for him every game because we knew he would fight for us also. In 2017 at Felda United we finished third in the Super league and made the semi-finals of the Malaysia Cup. When Felda was relegated to the Premier League at the end of the season for not meeting its licence requirements, we could have left, but all the top players stayed with Sathia to help him take the club back to the Super League because we all backed him and wouldn’t let him down. Sathia also represents the coaches of Malaysia and he is the first to speak up on coaches’ rights. This may not always make him popular, but it is because he is passionate about his profession and protective of coaches’ rights. I can say right now I have spoken to many players inside the game and those I know at Selangor, and they are shocked he has been stood down with still so much to play for this season. They wish they could have had the chance to back him for the rest of the season as he has done for them. He is an amazing coach and I know he will bounce back to the next football project. Many players will follow him to his next football club should he come calling as they have done over the years because they believe in what he does and the support he gives to everyone who plays for him

A post shared by Curran Ferns (@curranferns) on

”Sejujurnya saya boleh katakan dia merupakan salah seorang jurulatih terbaik di Malaysia dan antara yang terbaik yang pernah membimbing saya.”

”Sathia merupakan jurulatih yang saya gemar memanggilnya ‘Mourinho’, seorang yang sejati dalam bola sepak yang mana dia melindungi pemainnya.”

”Dia juga merupakan seorang ‘tactical genius’. Kami sentiasa bercakap tentang bola sepak moden, dia bukan merupakan seorang yang menggunakan cara lama dan sentiasa mengikuti banyak perkara dalam bola sepak moden dimainkannya.”

”Saya telah bercakap dengan pemain yang saya kenal di Selangor, dan mereka mengakui terkejut kerana dia masih mempunyai banyak peranan untuk dimainkan pada musim ini.”

”Dia merupakan seorang jurulatih yang luar biasa dan saya tahu dia akan kembali semula untuk projek bola sepak yang seterusnya.”

”Ramai pemain akan mengikutinya ke pasukan seterusnya sekiranya dia kesana seperti yang mereka lakukan selama bertahun-tahun kerana mereka mempercayai apa yang dia lakukan dan sokongan yang diberikannya kepada semua yang bermain untuknya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN