Kenyataan Bonucci yang menyalahkan mangsa perkauman 50% telah membuatkan ramai pihak marah. Walau apa jua alasannya, mangsa perkauman tidak sepatutnya disalahkan. Bonucci menuduh Moise Kean ada 50-50 bersalah ketika insiden perkauman ketika menentang Calgiari.
Sedangkan sorakan perkauman itu bermula sejak awal lagi – bukannya selepas keraian gol Moise Kean di hadapan curva. Keraian itu hanyalah memarakkan lagi serangan perkauman itu.
Kean bertindak begitu kerana sudah tidak tahan dengan serangan verbal dan ejekan monyet yang beliau terima. Kean merupakan pemain remaja yang meningkat naik dan beliau mewakili Itali di peringkat antarabangsa.
Walaupun di dalam tekanan, Kean masih mampu menjaringkan gol dalam perlawanan itu. Kean menganggap menjaringkan gol dan meraikan di hadapan puak rasis ini adalah cara terbaik untuk respon kepada rasisme.
https://www.instagram.com/p/BvxQkaNApK2/?utm_source=ig_embed
Malangnya Bonucci menganggap tindakan Kean sebagai satu provokasi murahan. Dan Bonucci berkata sebagai pemain profesional mereka tidak boleh memprovokasi penyokong, sebaliknya harus menunjukkan tauladan kepada mereka.
Bonucci mungkin lupa beliau pernah memprovokasi penyokong Juventus dengan keraian gol – ketika itu beliau bermain untuk AC Milan. Beliau meraikan gol itu sebagai respon kepada ejekan kepadanya yang digelar pengkhianat.
Sedangkan ketika itu, tiada seorang penyokong Juventus mengejek beliau dengan stereotaip perkauman.
This is how @bonucci_leo19 celebrated in front of @juventusfc fans after scoring for @acmilan against his former club in Turin last season. According to him, it was Moise Kean's celebration that was provocative, though… pic.twitter.com/pC3CFRolib
— Cyrano™ (@SCyranoDB) April 3, 2019
Raheem Sterling antara yang terawal mentertawakan kenyataan tidak masuk akal Bonucci.
Balotelli siap tag nama DJ Snake dan pemain yang ‘tak takut bergaduh’ – Akinfewa – dalam status beliau:
Mario Balotelli's reaction to Leonardo Bonucci's laughable statement. pic.twitter.com/J9eg4RvARa
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 3, 2019
Balotelli berkata lagi: “Bonucci bernasib baik kerana saya tiada di situ. Jangankan mahu mempertahankan kamu, sebaliknya dia melakukan ini kepada kamu. Saya terkejut. Sayang kamu ‘bro’.”
Mario Balotelli becomes the latest player to back Moise Kean…
And criticise Leonardo Bonucci 🇮🇹 pic.twitter.com/d355aI3Bxv
— GOAL (@goal) April 3, 2019
Selepas itu, Twitter Borussia Dortmund mengambil bahagian dengan troll ringkas. Mereka menunjukkan wajah Bonucci kena nutmeg dengan Reus dengan kapsyen emoji monyet sedang ketawa.
Biasanya kita dengar Let’s kick racism out of football. Twitter Dortmund pula memilih ‘Let’s nutmeh racism out of football’.
Dalam bola sepak, nutmeg antara trik fancy yang membuatkan mangsa malu apabila terkena.
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) April 3, 2019
Ramai di ruangan komen menyokong troll tersebut termasuk penyokong Juventus sendiri yang terkejut dengan kenyataan Bonucci.
I'm juventini and i support this message
— Hasan Ibrahim (@88hasan) April 3, 2019
https://twitter.com/Talal_almunayes/status/1113485955380465670
— Emperor_Sharpman🇳🇬💨🔥 (@Sharpman_Tobi) April 3, 2019
Bonucci kemudian tampil dengan post ini di Instagram beliau menyatakan beliau menentang rasisme.