“Cukup Cemerlang” – Kualiti Nazmi Nasaruddin Selaku Pengadil Terima Pujian FAM

Nama pengadil dari Malaysia iaitu Nazmi Nasaruddin antara yang kerap mendapat perhatian kebelakangan ini, selepas beliau tampil cemerlang menjalankan tugas bagi aksi-aksi tumpuan.

Disebabkan itu, ramai mula tampil memberi pujian penuh kepada beliau termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri yang berpuas hati akan prestasi Nazmi.

Malah, FAM juga menyifatkan prestasi pengadil itu sebagai seseorang yang sangat cemerlang ketika mengadili aksi akhir Piala FA 2024/2025 membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Selangor.

“Wasit Malaysia Punya Kualitas” – Nazmi Nasaruddin Raih Pujian Dari Peminat Indonesia

Tidak cukup setakat itu, momentum beliau di luar negara juga meraih pujian positif terutama ketika beliau bertugas dalam saingan Liga 1 Indonesia bagi mengadili beberapa perlawanan di sana.

“Final Piala FA 2024-2025 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim bertemu Selangor FC yang mana pengadil perlawanan tersebut, Muhammad Nazmi Nasaruddin telah menunjukkan satu prestasi yang cukup cemerlang pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Ogos 2024.

“Selain itu, Nazmi juga telah mengadili perlawanan Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara pasukan DPR Korea bertemu Qatar di Vientiane, Laos pada 10 September lalu.

“Seterusnya pada 10 Oktober ini, Nazmi juga diamanahkan untuk mengadili perlawanan Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara pasukan Australia bertemu China di Adelaide.

“Baru-baru ini, Nazmi telah dijemput oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk mengadili perlawanan BRI Liga 1 Indonesia di antara pasukan Persib Bandung bertemu Persija Jakarta di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 23 September lalu.

“Media-media Indonesia telah memuji cara pengendalian perlawanan oleh Nazmi yang mana rata-rata menyebut bahawa beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang serta memiliki satu personaliti yang tegas dan adil. Ia merupakan satu kebangaan kepada FAM dan seluruh rakyat Malaysia,” ujar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh FAM.

Tidak hanya tertumpu kepada Nazmi, dua lagi pengadil tempatan Malaysia turut mendapat tempat untuk mengadili aksi di saingan AFC Champions League Two (ACL 2) musim ini.

“Selain Nazmi, AFC juga telah melantik Razlan Joffri Ali dan Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah untuk mengadili perlawanan-perlawanan AFC Champions League Two (ACL2) and juga Piala Shopee (Kejuaraan Kelab ASEAN),” jelas kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, FAM turut menyatakan latihan seterusnya untuk penggunaan sistem VAR akan bermula pada Oktober ini dengan membabitkan pengadil muda serta berpotensi selain turut melibatkan wakil wanita.

“FAM dan MFL juga akan memulakan latihan VAR ‘Batch ke-2’ bermula Oktober 2024 dan dijangka akan tamat pada Februari 2025. Barisan pengadil VAR fasa ke-2 ini adalah terdiri daripada pengadil dan penolong pengadil yang muda dan berpotensi.

“Seramai 21 Pengadil akan dilatih sebagai pengadil VAR, 21 Penolong Pengadil sebagai ‘Assistant Video Assistant Referee’ (AVAR) dan 12 orang dilatih sebagai ‘Replay Operator’ (RO).

“Pada kali ini seramai tiga pengadil wanita akan turut dipanggil menyertai latihan ini. Cik Nurul Ain Izzatty Binti Zainal sebagai Pengadil VAR, Cik Nur Akmal Binti Anuar dan Cik Munirah Ha Ali sebagai pengadil AVAR. Ketiga-tiga mereka ini diiktiraf sebagai ‘AFC Women Elite Referee’,” ulas kenyataan tersebut.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN