Cuba ‘Pancing’ De Jong Dalam Diam, Guardiola Tidak Kisah Dikritik Valverde

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberitahu bahawa dirinya langsung tidak tersingung  selepas dikritik oleh rakannya yakni pengurus Barcelona, Ernesto Valverde mengenai isu Frenkie De Jong.

Valverde mengkritik tindakan Pep yang sebelum ini dalam diam-diam telah menghubungi bintang Belanda itu dengan cuba memujuknya menolak tawaran Barcelona dan menyertai Manchester City – walaupun Guardiola tahu proses rundingan di peringkat akhir.

Namun bagi Pep, beliau sama sekali tidak menganggap tindakan yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan kerana itu adalah hak masing-masing.

Bukan satu kesalahan

Pep enggan untuk membangkitkan isu ini lagi. Ini kerana beliau mahu menghormati rakannya di Barcelona. Menurut Pep, isu perpindahan De Jong tidak perlu dibahaskan lagi kerana segalanya sudah selesai. Pemain tersebut telah memilih Barcelona sebagai destinasinya.

Barcelona secara rasminya mengumukan bahawa kelab itu telah berjaya mendapatkan khidmat  Frenkie de Jong.

Pemain berumur 21 tahun itu akan menyertai Barca pada 1 Julai ini dengan harga 75 juta euro (RM353.23 juta) dengan 11 juta euro (RM51.81 juta) lagi kepada Ajax sebagai bayaran tambahan.

De Jong, yang dianggap sebagai salah seorang pemain muda berbakat di Eropah, akan memulakan kontrak lima tahun bersama kelab barunya itu.

“Ernesto [Valverde] adalah rakan saya, jadi tidak ada masalah. Perkara itu sudah selesai. Itu bukan lagi urusan kami. Sekarang kami perlu fokus  untuk perlawanan menentang Newcastle,” kata Guardiola.

“Hal itu bukan pertama kalinya terjadi, juga tidak akan jadi yang terakhir. Itu benar-benar bukan masalah besar.” tambahnya.

Terima keputusan

Bagaimanapun, Pep akur dengan keputusan De Jong yang memilih menyertai Barcelona. Sebagai seorang pemain hebat, pasti menjadi perebutan kelab-kelab besar untuk memburu khidmatnya.

Sebelum ini, pemain muda Ajax tersebut menjadi sasaran utama Manchester City.

Pep pernah menyuarakan minat bagi mendapatkan khidmat de Jong pada Oktober 2018 selepas mereka gagal mendapatkan Joginho, selepas pemain itu memilih untuk menyertai Chelsea.

“Saya tidak terlibat dalam urusan pembelian pemain, saya hanya memberi cadangan, kami melakukan yang terbaik, saya sungguh puas.”

“Kelab ini luar biasa, bekerja dengan sempurna. Tetapi, kadang-kadang pemain datang, terkadang mereka pergi.”

“Banyak kelab besar yang bersaing untuk memburu pemain yang sama. Itulah kenyataannya. Kami menerima bahawa adakalanya keinginan kami tidak mungkin menjadi kenyataan,” kata Pep.

 

 

 

Leave a Reply