Walaupun mencatat kemenangan besar dalam perlawanan persahabatan Tier 1 lalu menentang Brunei, jelas ada beberapa kelemahan dikesan pada skuad kebangsaan yang memerlukan perubahan dengan kadar segera.
Aksi menentang Hong Kong pada malam esok dijangka lebih sengit kerana menampilkan barisan pemain lebih berkualiti sekali gus bakal menguji kewibawaan Kim Pan-gon di laman sendiri untuk memberi keputusan positif.
Perlawanan Seterusnya!
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇭🇰 HONG KONG
🗓 Rabu, 1 Jun 2022
🕘 9.00 malam
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil▶️ Dapatkan tiket RM30 dewasa dan RM7 kanak-kanak (6-12 tahun) di https://t.co/yPVcBB3eyw sekarang!#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/SkYFv9ggfx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 28, 2022
Menurut pemain pertahanan negara iaitu Khuzaimi Piee, perubahan perlu dilakukan setelah ada struktur kelemahan pada perlawanan lalu agar masalah sama tidak berulang pada perlawanan malam esok ketika menentang Hong Kong.
Selain itu, skuad kebangsaan juga dapat memperbaiki segala aspek kelemahan itu sebagai persediaan lebih baik untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada awal bulan Jun ini.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon terus giat menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.
2️⃣ hari lagi menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/5Le7sxcyCx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 30, 2022
“Setiap kesilapan dilakukan ketika aksi pertama menentang Brunei sebelum ini perlu diperbaiki. Pertama sekali, kami cuba untuk dapatkan kesefahaman untuk kombinasi (pemain) yang jurulatih Kim Pan Gon (KPG) terapkan, insya-Allah kita akan bagi yang terbaik.
“Masa pun tak banyak untuk kelayakan Piala Asia. Jadi apa yang jurulatih terapkan, kami akan cuba sampaikan dan berusaha supaya semua peminat tahu kami tidak sambil lewa hadapi kelayakan itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM di sini, semalam menerusi Berita Harian.
Dalam sidang media sebelum ini, Pan-gon ada menyatakan mengenai skuad kendaliannya mampu untuk beraksi lebih baik ketika menentang Brunei walaupun mencatat kemenangan besar kerana jurang ranking.
Dalam masa sama, pertahanan kental Negeri Sembilan itu juga mengakui sebarang kesilapan yang berlaku pada perlawanan lalu menjadi pengajaran berguna buat dirinya dan rakan sepasukan lain pada perlawanan akan datang.
Menurut Khuzaimi, agak sukar untuk beliau dan rakan yang lain mengelakkan diri daripada membuat sebarang kesilapan sepanjang 90 minit permainan atas beberapa faktor.
Ahmad Khuzaimi Piee Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya
Baca penuh kenyataan daripada ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon di https://t.co/L4sPNvYK35#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/55QgPytbdj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 14, 2022
Beliau juga setakat ini tidak menghadapi kesukaran untuk mengadaptasi dalam sebarang taktikal dan formasi diletakkan oleh Pan-gon kerana sudah makin terbiasa dengan perubahan yang dibuat tersebut.
Dalam masa sama, pemain kelahiran Melaka itu juga menegaskan kepada setiap pemain agar sentiasa bersedia untuk diturunkan walaupun tidak tahu siapa pemain yang bakal dipilih jurulatih untuk beraksi dalam senarai kesebelasan utama.
“Jadi kami semua perlu bersedia sebab jurulatih percaya kepada semua pemain sedia ada. Sesiapa yang bermain, kami semua akan bagi yang terbaik, tak kira kesebelsan pertama atau pemain gantian,” katanya.
Skuad kebangsaan bakal membuka tirai aksi Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 Jun ini menentang Turkmenistan dalam Kumpulan E setelah selesai perlawanan malam esok menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil.