“Cuba Dapatkan Kembali Momentum Permainan” – Pape Diakite Optimis Untuk Hadapi Serangan KL City

Terengganu antara pasukan dilihat paling menonjol dari segi persiapan mereka untuk persaingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal kembali bersambung pada hari Sabtu ini.

Pasukan bakal dihadapi Terengganu nanti ialah Kuala Lumpur City yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak dalam misi untuk terus merebut tiga mata dan memperbaiki kedudukan carta Liga Super.

https://twitter.com/fcterengganu/status/1537279579920146433?s=21&t=ODhq8eePyJvKWN6hw1_hRg

Setakat ini para pemain dilihat berada dalam motivasi terbaik untuk menghadapi perlawanan tersebut dan pertahanan import baharu Terengganu iaitu Pape Diakite mempunyai misi tersendiri dalam aksi akan datang itu.

Menurut pemain pertahanan kelab tersebut, beliau memasang tekad untuk merantai segala pergerakan serangan lawan yang hadir ke arahnya dalam misi untuk mengelak gawang Terengganu daripada dibocori.

Dalam dua aksi lalu, Terengganu berjaya mempamerkan kualiti permainan yang agak meningkat apabila mereka membenam cabaran Selangor dalam aksi Liga Super serta menewaskan Negeri Sembilan untuk saingan pertama Piala FA.

Menurut pemain yang berasal dari Senegal itu, beliau memasang tekad untuk mengulangi momentum kejayaan tersebut dengan menoktahkan keputusan positif dalam aksi yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Selain itu, beliau melihat dua aksi perlawanan menentang pasukan dari Kemboja iaitu Phnom Penh Crown FC dan wakil dari Singapura, Balestier Khalsa sebagai suatu medan persediaan terbaik buat Terengganu sebelum bakal diuji KL City nanti.

“Saya tidak mahu mendabik dada selepas kami berjaya merakam kemenangan ketika berdepan dua kelab berkenaan dalam aksi persahabatan, tapi selalunya ia sedikit sukar untuk mendapatkan rentak apabila berlaku penundaan perlawanan.

“Bagaimanapun ianya perkara biasa, kami akan cuba mendapatkan momentum permainan semula walaupun memerlukan langkah demi langkah bagi memastikan pasukan kami terus bersaing hebat dalam kancah liga.

“Selain ingatkan diri, rakan sepasukan juga perlu positif, lagipun kami sudah membuat persiapan rapi sejak dua bulan lalu, harap kami segera ‘bangkit dari tidur’ untuk meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, beliau juga mengakui perlawanan menentang KL City ini merupakan suatu tugas berat buat dirinya bersama rakan pertahanan lain setelah menyedari kualiti serangan lawan juga berada dalam kelas tersendiri dalam saingan Liga Super.

Untuk itu, Pape menuntut rakan sepasukan lain agar memberi fokus sepenuhnya sepanjang perlawanan berlangsung untuk mengekang pergerakan lawan terutama sekali trio serangan mereka iaitu Romel Morales, Kevin Koubemba, dan Paulo Josue.

“Trio skuad lawan yang diketuai Kevin Koubemba, Romel Morales dan Paulo Josue begitu bahaya jika tidak dikawal, jadi saya nasihatkan diri dan rakan seposisi terutamanya dapat mengekang pergerakan mereka daripada bergerak bebas bagi mengelak kami “berputih mata’ di tempat sendiri,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN