Cuaca yang sangat panas pada sebelah siang dan petang di Malaysia ketika ini mungkin akan memberi kesan negatif dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) jika terus diadakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Mereka yang terkesan pastinya membabitkan para pemain berisiko untuk mendapat kesan negatif seperti serangan strok haba selain tidak mesra buat para penyokong hadir ke stadium.
Awasi anak anda semasa cuaca panas.
Pastikan mereka 🧒👧
👉Tidak bermain di luar semasa panas terik 🌞.
👉Kerap minum air kosong 🥛.
👉Gunakan payung ☂️/ topi 🧢 ketika berada di luar.#ANMS #KekalSihat #sihatmilikkuKredit : Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth pic.twitter.com/GbqEyM1BW0
— Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM (@bkkm_official) May 10, 2023
Antara yang bersuara mengenai isu ini ialah Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu selepas mereka berharap agar MFL mengkaji semula perlawanan pada waktu petang dengan membabitkan pertemuan antara Sang Penyu menentang Kelantan bagi saingan suku akhir Piala FA 2023.
Perlawanan yang bakal mencuri tumpuan ramai penyokong bola sepak itu dijadualkan bakal berlangsung pada 27 Mei ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada waktu petang.
Menurut Mohd Isa Che Ariffin selaku presiden kelab penyokong tersebut, MFL perlu menilai semula segala aksi bola sepak pada sebelah petang, selepas melihat keadaan semasa seperti cuaca panas terik mampu memberi impak negatif buat pemain serta para penyokong.
Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum itu turut menyarankan supaya masyarakat cakna dengan cuaca panas yang melanda untuk tidak berjemur terutama sekali membabitkan golongan kanak-kanak.
Maka, MFL juga perlu mengambil penting isu ini untuk mengelakkan sebarang kemungkinan tidak baik berlaku dalam saingan bola sepak negara yang akan berlangsung semula tidak lama lagi.
“Keputusan MFL mengekalkan waktu perlawanan pada sebelah petang dilihat kurang bijak dan tidak wajar memandangkan sekarang cuaca panas di negeri ini dan tempat-tempat lain yang sekali gus akan menggangu pemain yang terpaksa mengharungi cuaca panas yang boleh mengakibatkan berlaku perkara di luar jangkaan seperti strok haba, demam dan sebagainya.
“Selain itu impaknya juga buat peminat, keadaan stadium yang tidak mempunyai bumbung juga menyebabkan para penyokong yang hadir ke stadium berkemungkinan boleh berlaku strok haba terutama kanak-kanak.
“Selain itu juga berkemungkinan peminat kedua-dua pasukan yang bakal hadir berkurangan disebabkan tidak mahu mengambil risiko terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku, situasi ini sangat merugikan kerana pendapatan hasil daripada jualan tiket mungkin berkurangan berbanding sebelum ini apabila pasukan bermain pada waktu malam.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 5-1 @kelantanfc_trw
Diogo, Endrick, Fernando Forestieri, Juan Muniz dan Arif Aiman menjaringkan gol JDT manakala Leonardo Rolon membalas untuk Kelantan.
👉 https://t.co/dmoxMGC7bO#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/nEDlO5108o
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 11, 2023
“Penyokong yang mahu hadir ke stadium juga terpaksa mengejar masa kerana ada yang masih bekerja pada waktu perlawanan berlangsung berbanding sebelum ini ketika pasukan bermain pada waktu malam.
“Jadi kami meletakkan harapan yang tinggi agar pihak MFL dapat mengkaji semula dengan membenarkan aksi pada waktu malam,” katanya menerusi Harian Metro.