Crystal Palace telah mengesahkan perlantikkan Frank De Boer sebagai pengurus baharu kelab berkenaan setelah menandatangani kontrak selama 3 tahun.
Perkara itu diumumkan melalui laman media sosial rasmi twitter ‘The Eagle’ lewat petang semalam.
It’s the news you’ve all been waiting for…
Welcome, @FdeBoerOfficial: https://t.co/RmyuX71d8z#deBoerIsOurs pic.twitter.com/21IlbxRSXL
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) June 26, 2017
Di dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi Crystal Palace, De Boer melahirkan rasa gembiranya atas perlantikan ini.
” Saya berasa teruja untuk dilantik sebagai pengurus bola sepak kelab Crystal Palace. Ia adalah satu penghormatan untuk mengendalikan sebuah kelab yang memiliki sejarah hebat seperti Palace.”
“Crystal Palace adalah sebuah kelab yang dikenali dan terkenal kerana semangat dan kesungguhan penyokongnya di seluruh dunia.”
“Peranan ini adalah satu peluang yang mengujakan buat saya. Saya sudah tidak sabar untuk memulakan tugas saya di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama-sama dengan barisan pemain dan kakitangan yang lain.”
Pengurus berbangsa Belanda ini tiba di Selhurst Park untuk menggantikan Sam Allardyce yang mengumumkan persaraan daripada bidang pengurusan selepas tamat saingan EPL pada musim lalu.
Frank De Boer pasti ingin meneruskan legasi dan hasil kerja cemerlang yang ditinggalkan oleh Sam Allardyce di Selhurst Park.
Kedatangan De Boer ke selatan London ini dianggap sebagai berprofil tinggi oleh penyokongnya.
De Boer mempunyai karier yang gemilang ketika masih bergelar pemain. Beliau pernah bermain untuk Ajax dan juga Barcelona dan memenangi 6 kejuaraan liga pada era itu.
Frank De Boer juga pernah memenangi UEFA Champions League (UEL) pada musim 1994-1995 ketika bersama Ajax.
Rekod sebagai pengurus juga tidak kurang hebatnya. Frank De Boer pernah memimpin Ajax memenangi 4 kejuaraan Liga Belanda di antara tahun 2010 sehingga 2014.
Beliau kemudiannya meninggalkan Ajax pada tahun 2o16 sebelum dilantik sebagai pengurus Inter Milan menggantikan Roberto Mancini.
Frank De Boer tidak berada lama di San Siro apabila turut dipecat oleh Inter pada November 2016. Inter Milan kini melantik Luciano Spalletti sebagai pengurus ke-6 dalam tempoh 3 tahun kelab tersebut.
Adakah kita akan melihat corak permainan menarik yang diterapkan oleh Frank De Boer di Crystal Palace seperti yang kita lihat sebelum ini di Ajax pada musim hadapan?
Sumber:
1. The Guardian (2017): Crystal Palace confirm Frank de Boer as manager on three-year contract;
https://www.theguardian.com/football/2017/jun/26/crystal-palace-frank-de-boer-manager
2. BBC Sport (2017): Frank de Boer: Crystal Palace’s new boss is excited to ‘spend a lot of money’;
http://www.bbc.com/sport/football/40411304