Cristiano kini sudah memenangi kejuaraan UCL untuk kali ke-5 secara peribadi. Beliau juga mencipta sejarah gemilang dengan membantu Real Madrid mejuarai UCL untuk 3 musim berturut-turut.
Ronaldo beraksi 90 minit dalam aksi final di Kyiv di mana Real Madrid menumpaskan Liverpool 3-1. Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, beliau tetap menjadi pemenang kasut emas UCL dengan 15 gol.
5 gol mengatasi Mohamed Salah dan Roberto Firmino. Dengan aksi dan pencapaian beliau dalam UCL, lantas Ronaldo mahukan UEFA untuk menukar nama kejohanan tersebut sempena nama beliau?
Ketika ditanya, adakah beliau kecewa kerana tak menjaringkan gol dalam final, Ronaldo bekata:
“Siapa penjaring terbanyak sekali lagi? Saya sudah memenangi piala ini 5 kali dan mustahil saya bersedih hanya kerana tidak menjaringkan gol malam ini.”
“Champions League ini patut ditukar kepada CR7 Champions League, kerana saya sudah menang 5 kali dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini.”
Tentang masa depan, beliau juga membayangkan yang beliau akan memberitahu penyokong beberapa hari lagi tentang keputusan sama ada beliau akan kekal atau tidak di Real Madrid. Buat masa ini, beliau mahu menikmati kejuaraan UCL.
“Paling penting adalah memenangi UCL untuk berada dalam sejarah. Ini masa untuk menikmati kejayaan ini dahulu. Dalam beberapa haro lagi saya akan beritahu penyokong yang telah banyak menyokong saya tentang masa depan saya selepas ini.”
“Saya gembira berada di Real Madrid. Saya akan beritahu dalam beberapa hari lagi. Buat masa ini, ia detik untuk keraian, masa depan mana-mana pemain tidak penting. Kami semua sudah mencipta sejarah.”