Cristiano Ronaldo Turun Latihan Empat Jam Lebih Awal Untuk Buat ‘Extra’

Cristiano Ronaldo

Kegigihan Cristiano Ronaldo dalam meningkatkan kualiti diri dari pelbagai aspek sememangnya membuatkan kita amat teruja untuk melihat komitmen tinggi yang dipamerkannya.

Daripada seorang pemain yang menjadi sering mangsa terjahan ketika sesi latihan bersama Manchester United berikutan aksi lembik seperti dikatakan oleh rakan sepasukannya, kerja keras ditampilkan telah menyaksikan Ronaldo berjaya menikmati transisi hebat dalam karier bola sepaknya.

Komitmen di tahap tertinggi terus dipamerkan oleh pemain hebat kelahiran Funchal, Portugal ini meskipun berehat panjang susulan wabak COVID-19.

Hal ini kerana Ronaldo dikatakan berada di Pusat Latihan Juventus empat jam lebih awal berbanding rakan sepasukannya yang lain bagi membolehkan beliau untuk melakukan latihan tambahan dan beberapa ujian kecergasan secara bersendirian.

Laporan AS turut melaporkan bahawa keputusan ujian menyaksikan Ronaldo berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum kancah bola sepak Itali dihentikan akibat COVID-19.

Embed from Getty Images

Keadaan itu sudah pasti disebabkan disiplin tinggi berkaitan soal kecergasan yang dititikberatkan oleh pemenang lima kali Ballon d’Or itu ketika tempoh berkurung.

Selain daripada sesi latihannya bersama Juventus, Ronaldo turut mempunyai program latihan peribadi yang terdiri daripada lima sesi gimnasium dalam masa seminggu di mana beliau turut mengamalkan aktiviti pilates dan berenang sebagai sebahagian daripada program tersebut.

Di samping itu, dari soal pemakanan pula, Ronaldo mempunyai enam menu makanan berbeza dan kebiasaannya beliau akan memilih pasta dan ayam untuk protein dan karbohidratnya. Tiada masakan yang dinikmatinya dicampur dengan garam.

Terdapat kelonggaran dari segi minuman apabila beliau akan mengambil jus oren atau epal ketika sarapan pagi tetapi selainnya hanya akan mengambil air masak.

Ronaldo begitu memberikan tumpuan pada waktu rehatnya kerana beliau memilih untuk menikmati tidur selama lapan jam pada setiap malam.

Kredit featured image: Valerio Pennicino – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN