Cristiano Ronaldo Terpaksa Berehat Selama Dua Minggu

Malang menimpa bintang Juventus, Cristiano Ronaldo apabila beliau terpaksa meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan peha dalam aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Ronaldo hanya sempat beraksi selama 30 minit perlawanan yang menyaksikan skuad Portugal kendalian Fernando Santos terikat 1-1 dengan Serbia sekaligus mencatat dua keputusan seri berturut-turut dalam aksi kelayakan Kumpulan B. Sebelum ini, mereka turut diikat Ukraine, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa kecederaan beliau bukan sesuatu yang serius dan dia akan kembali cergas menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Ajax pada 10 April ini.

Juventus dijadualkan bertemu Cagliari, Empoli dan AC Milan bagi aksi Serie A sebelum bertandang ke Amsterdam.

“Saya tidak bimbang dengan keadaan ini kerana saya tahu keadaan badan saya.

“Saya tahu yang saya akan kembali dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Portugal ketinggalan selepas Dusan Tadic berjaya menyudahkan sepakan penalti tetapi percubaan kencang Danilo Pereira berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah sebelum tamat separuh masa pertama

Ronaldo dinafikan peluang untuk menyamakan kedudukan dua minit kemudian apabila cubaan diselamatkan Marko Dmitrovic sebelum mengadu pehanya dalam kesakitan.

Dia menerima rawatan pantas daripada staf pasukan perubatan dan kembali beraksi tetapi kemudian digantikan dengan Pizzi dengan Pepe menggalas tanggungjawab sebagai kapten.

Ketika permainan pada babak pertama menuju penamat, tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain Porto, Danilo Pereira.

Sekali pun permainan tambah rancak pada babak kedua, tiada jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan untuk pelawat pengutip satu mata daripada aksi pertama kelayakan.

Lawan Portugal berikutnya ialah Switzerland di separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah pada 5 Jun sebelum membuat kunjungan ke Serbia bagi aksi kelayakan Euro 2020, dua hari kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN