Kekalahan Portugal di tangan Chile ketika separuh akhir Piala Konfederasi 2017 cukup memilukan bagi peminat mereka.
Mana tidaknya, hal ini kerana mereka tewas ketika penentuan sepakan penalti dengan kesemua sepakan penalti diselamatkan oleh penjaga gol Chile – Claudio Bravo.
Ia ditambah dengan Crisitiano Ronaldo tidak sempat untuk melakukan sepakan penalti untuk membantu negaranya itu.
Tetapi perasan tak, kenapa Ronaldo sering menjadi pengambil sepakan penalti yang terakhir?
Perkara ini menjadi perdebatan peminat bola sepak kerana dikala Portugal sudah 2 kali gagal menyempurnakan penalti, adalah wajar untuk pengambil penalti terbaik Portugal itu hadir untuk menyepak sepakan ketiga.
Tetapi adakah kerana arahan pasukan (team order) yang telah menetapkan Ronaldo telah menjadi penyepak kelima tidak boleh pergi ketika sepakan ketiga?
Sebenarnya boleh. Hal ini kerana, pengadil tidak pun tahu apakah arahan pasukan bagi kedua-dua pasukan ketika sepakan penalti.
Jadi, Ronaldo boleh memotong barisan dan menjadi penyepak ketiga untuk menyelamatkan pasukan beliau.
Sepakan penentu
Tetapi kenapa Ronaldo sering ditugaskan menjadi penyepak kelima setiap kali penentuan sepakan penalti?
Semuanya adalah kerana arahan pasukan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.
Hal ini kerana, sepakan kelima lazimnya merupakan sepakan penentu kerana ia merupakan sepakan kalah mati (sudden death).
Jadi, strategi meletakkan Ronaldo sebagai penyepak terakhir adalah untuk memperbesarkan peluang mereka menjaringkan penalti kelima kerana kapasiti Ronaldo sebagai pengambil penalti terbaik pasukan.
Namun kadang kala, strategi ini tidak menjadi dan telah memberi bala kepada pasukan Portugal.
Sebagai contoh ketika EURO 2012, Ronaldo langsung tidak sempat untuk melakukan sepakan penalti kerana menjadi penyepak kelima pasukan.
Hal ini kerana, Portugal tewas seawal 4 sepakan pertama apabila tewas 4-2 di tangan Sepanyol selepas 2 sepakan penalti Portugal gagal disempurnakan.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai penerangan mengapa Ronaldo sering menjadi penyepak kelima pasukan.
Namun pada pandangan penulis, adalah wajar untuk Ronaldo muncul ketika sepakan penalti ketiga itu.
Hal ini kerana, dengan kapasiti Ronaldo sebagai kapten Portugal dan juga pengambil penalti pasukan pastinya dapat memberikan motivasi tambahan kepada pasukan andai beliau menyempurnakan penalti ketiga itu.
Dan sudah pasti, skrip perlawanan pasti berubah.
Namun apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.
Sumber:
- Daily Mail (2017): Cristiano Ronaldo did not take a spot kick as Portugal crashed out of the Confederations Cup to Chile – but why was he down for the fifth penalty?; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4650404/Cristiano-Ronaldo-penalty-fall-fifth.html#ixzz4lSSrjmdP