Cristiano Ronaldo memastikan kehadirannya dirasai sejak kembali menyertai Manchester United pada musim panas ini. Sehingga kini, bintang Portugal itu telah menjaringkan empat gol dari tiga perlawanan.
Selepas membantu Manchester United menang tipis 2-1 di Stadium London pada hujung minggu lalu, kapten Portugal itu kini bersedia untuk merobek gawang Aston Villa dalam perlawanan pada hujung minggu ini.
Kereta mewah milik Ronaldo
Selain daripada bola sepak, Cristiano Ronaldo juga dikenali kerana mempunyai koleksi kereta yang sungguh luar biasa hebat.
Cristiano Ronaldo merupakan pelanggan tetap kenderaan jenama Bugatti, dan beliau sebelum ini telah memiliki Veyron, Chiron dan La Voiture Noire. Nilai keseluruhan kenderaan tersebut bernilai $18 juta pada tahun lalu.
¡LA HUMILDAD DEL BICHO!
Cristiano Ronaldo detuvo su lamborghini para así poderse tomar una foto con un aficionado que estuvo esperando la llegada del astro portugués.
🔘Sin duda alguna el ‘comandante’ es un ejemplo a seguir para muchos. #LaVozDelFutbol #Cr7 pic.twitter.com/RUCjEmpaL1
— W Deportes (@deportesWRADIO) September 18, 2021
Turut berada di dalam senarai kereta mewah milik Cristiano Ronaldo adalah Ferrari F430, The Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador dan kereta yang cukup ikonik Maserati GranCabrio.
Bintang Portugal itu turut mempunyai Bentley Continental GTC dalam koleksi peribadinya. McLaren Senna merupakan antara koleksi terbaru yang dibeli oleh Ronaldo pada Julai tahun lalu yang dibeli dengan nilai £750,000.
Buah hati kesayangan beliau turut pernah menghadiahkan Cristiano Ronaldo Mercedes G Wagon yang bernilai £600,000 ketika ulang tahun ke-35.
Kehadiran pegawai keselamatan
Terbaru pemain yang sinonim dengan jersi No.7 itu dilihat memandu ke pusat latihan Carrington dengan memandu sebuah Bentley yang dianggarkan bernilai £250,000 (RM1.4 juta).
Bukan sahaja kenderaannya yang menarik perhatian kali ini. Ini kerana perjalanan Cristiano Ronaldo dari kediamannya ke pusat latihan turut diiringi oleh sebuah Range Rover yang membawa dua pengawal keselamatan peribadi.
Kejadian itu dipercayai selepas insiden pemain itu dikejar dan dikerumuni penyokong ketika hadir ke pusat latihan sebelum ini, ketika memandu Lamborghini bernilai £160,000 (RM1 juta).
Cristiano Ronaldo in his new beautiful luxury car Bentley Flying Spur. The new car cost £250,000.📸🔥 pic.twitter.com/fBjIPbtJ79
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) September 23, 2021
Selepas kekalahan kepada West Ham dalam perlawanan Piala Carabao pertengahan minggu lalu, pengurus pasukan Ole Gunar Solskjaer kini pasti terdesak untuk ayam tambatannya itu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Villa nanti.
Ronaldo dan beberapa pemain lain diberikan rehat dan tidak diturunkan dalam perlawanan Piala Carabao tersebut.
Ronaldo sendiri pasti tidak gembira dengan kekalahan yang berlaku kepada West Ham selepas apa yang mereka lalui di saingan liga menentang lawan yang sama pada hujung minggu lalu.