Dalam Piala Eropah yang lalu, Portugal dan Poland bertarung dalam penentuan sepakan penalti untuk menentukan siapa akan mara ke separuh akhir.
Ianya selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dan tidak ada jaringan dilakukan pada masa tambahan 30 minit.
Joao Moutinho pada awalnya enggan mengambil tugasan itu kerana tidak yakin dan gementar ketika itu.
Kita semua tahu Moutinho memang seorang pemain yang boleh melakukan sepakan penalti itu. Namun hari itu beliau sangat gemuruh dan gementar.
Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo datang meyakinkan Moutinho dan berkata pemain itu telah melakukan aksi terbaik ke atas lawan mereka.
Ronaldo memberitahu bahawa Moutinho tidak perlu takut dengan sesiapa sahaja sekarang.
Antara kata-kata Ronaldo ialah:
“Ayuh, sepak (penalti), ayuh sepak (penalti).”
“Semangat! Semangat! Semuanya terserah di tangan Tuhan sekarang!”
Satu detik yang penuh inspirasi!
Portugal menang 5-3 dalam penentuan penalti tersebut.
Baca juga: Shah Alam Antlers 1-0 Team Sunway: Klang Valley Super League (Matchday 14)