Cristiano Ronaldo Mengaku Bersalah Kes Penipuan Cukai Di Mahkamah Sepanyol

Bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo mengaku bersalah kerana membabitkan penipuan pembayaran cukai ketika pemain itu masih beraksi bersama Real Madrid.

The Guardian melaporkan Ronaldo bersetuju untuk membayar £16.5 juta sebagai denda terhadap kesalahan tersebut – setelah pemain itu mencapai persetujuan dengan pihak pendakwaraya dan pihak berkuasa cukai – sebagai ganti kepada hukuman penjara 23 bulan terhadap pemain tersebut.

Tuduhan

Sebelum itu bekas pemain Manchester United berusia 33 tahun itu didakwa cuba mengelak dari membayar cukai dengan menipu pihak berkuasa melibatkan bayaran berjumlah £12.9 juta di antara 2011 sehingga 2014.

Pada 2017, pendakwaraya di Madrid mendakwa Ronaldo menggunakan sebuah syarikat pesisir pantai yang berpengkalan di Virgin Island untuk menyembunyikan pendapatan beliau daripada dicukai oleh kerajaan Sepanyol.

. (Photo by Oscar Gonzalez/NurPhoto via Getty Images)

Dakwaan itu mengatakan Ronaldo cuba menyembunyikan pendapatan berjumlah £25 juta, hasil dari hak imej tetapi pemain itu hanya mengisytiharkan £10.1 juta diantara 2011 sehingga 2014 -walaupun pendapatan sebenar pemain itu dianggarkan sekitar £37 juta.

Ronaldo juga dikatakan memalsukan sumber pendapatan tersebut dengan berkata ianya adalah hasil pelaburan hartanah yang sekaligus memberikan kadar cukai lebih rendah.

Xabi Alonso turut terpalit

Sebelum itu, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Xabi Alonso turut berhadapan dengan tuduhan yang sama namun menyifatkan segalanya tidak ada masalah ketika memberi respon kepada soalan wartawan.

Alonso boleh dijatuhkan hukuman sehingga lima tahun penjara atau diarahkan untuk membayar dengan sebanyak £3.5 juta sebagai denda – untuk tuduhan lari dari bayaran cukai bernilai £1.7 juta.

Pemain antarabangsa Sepanyol yang sudah mengumumkan persaraan itu tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan yang didakwa kepada beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN