Cristiano Ronaldo Menang Anugerah Pemain Terbaik Globe 2018

Ronaldo

Pemulaan tahun baru yang gemilang buat bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dengan terus melakar sejarah baharu dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Globe untuk tahun ketiga berturut-turut dan kelima secara keseluruhan.

Sebelumnya bekas pemain Real Madrid itu meraihnya pada edisi 2011, 2014, 2016, dan 2017.

Ianya sekaligus menjadikan pemain Juventus itu menyamai rekod anugerah berprestij Ballon d’Or yang kali terakhir diraihnya pada tahun 2017.

Selain itu, kejayaan tersebut juga dapat mengubati kekecewaan Ronaldo yang sebelum ini tewas bersaing dengan Luka Modric untuk meraih anugerah Ballon d’Or edisi 2018.

Ronaldo mengenepikan tiga nama lain yang disenarai sebagai calon pemenang, iaitu – pemenang anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018 dan Ballon d’Or 2018, Luka Modric serta pemenang Piala Dunia 2018, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Ronaldo dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Best Goal of the Year dan Best Player of the Year.

Anugerah tersebut disampaikan oleh H.E. Khalifa Saeed Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Protokol Dubai.

Anugerah lain

Selain penganugerahan untuk pemain terbaik, Globe Soccer Awards edisi ke-10 ini juga memberikan beberapa penghargaan bagi kategori lain.

Berikut adalah pemenang info selengkapnya:

Player Career Award: Ronaldo Nazario de Lima
Pengurus Terbaik: Didier Deschamps
Player Career Award: Blaise Matuidi
Special Career Award: Zvonimir Boban
Agen Pemain Terbaik: Jorge Mendes
Pengarah Sukan Terbaik: Fabio Paratici
Kelab Terbaik: Atletico Madrid
Fans Award: Cristiano Ronaldo
Coach Career Award: Fabio Capello
Arab Career Award: Sami Al-Jaber
Pengadil Arab Terbaik: Mohammed Abdullah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN