Pemulaan tahun baru yang gemilang buat bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dengan terus melakar sejarah baharu dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Globe untuk tahun ketiga berturut-turut dan kelima secara keseluruhan.
Sebelumnya bekas pemain Real Madrid itu meraihnya pada edisi 2011, 2014, 2016, dan 2017.
🇵🇹 Cristiano Ronaldo is the winner of the ✨Best Player Of The Year✨ Award, presented by HE Mattar Al Tayer, VP of Dubai Sports Council@dubaiholding #dubaiholding @Cristiano #globesoccer @DubaiSC pic.twitter.com/R04Cp39T44
— Globe Soccer Awards (@Globe_Soccer) January 3, 2019
Ianya sekaligus menjadikan pemain Juventus itu menyamai rekod anugerah berprestij Ballon d’Or yang kali terakhir diraihnya pada tahun 2017.
Selain itu, kejayaan tersebut juga dapat mengubati kekecewaan Ronaldo yang sebelum ini tewas bersaing dengan Luka Modric untuk meraih anugerah Ballon d’Or edisi 2018.
Ronaldo mengenepikan tiga nama lain yang disenarai sebagai calon pemenang, iaitu – pemenang anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018 dan Ballon d’Or 2018, Luka Modric serta pemenang Piala Dunia 2018, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.
Ronaldo dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Best Goal of the Year dan Best Player of the Year.
Anugerah tersebut disampaikan oleh H.E. Khalifa Saeed Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Protokol Dubai.
Anugerah lain
Selain penganugerahan untuk pemain terbaik, Globe Soccer Awards edisi ke-10 ini juga memberikan beberapa penghargaan bagi kategori lain.
Berikut adalah pemenang info selengkapnya:
Player Career Award: Ronaldo Nazario de Lima
Pengurus Terbaik: Didier Deschamps
Player Career Award: Blaise Matuidi
Special Career Award: Zvonimir Boban
Agen Pemain Terbaik: Jorge Mendes
Pengarah Sukan Terbaik: Fabio Paratici
Kelab Terbaik: Atletico Madrid
Fans Award: Cristiano Ronaldo
Coach Career Award: Fabio Capello
Arab Career Award: Sami Al-Jaber
Pengadil Arab Terbaik: Mohammed Abdullah