Mampukah impian beliau akan tercapai?
Pemain Juventus, Cristiano Ronaldo mendedahkan beliau memasang angan-angan untuk menjulang kejuaraan Eropah bersama kelab baharunya itu.
Menurut laman Football Italia, misi utama Ronaldo ke kelab tersebut adalah untuk memenangi UEFA Champions League (UCL) walaupun bukan dalam kadar segara.
Sebaliknya, beliau dan rakan-rakan akan berusaha selangkah demi selangkah menuju ke kejayaan itu.
“Saya mahu menang kejuaraan Eropah bersama Juventus.”
“Kami akan berusaha untuk memenanginya. Jika tidak berjaya pada musim ini, pada musim akan datang dan begitulah pada musim seterusnya.”
“Itulah fokus saya dan rakan-rakan, namun kami tidak akan terlalu obses dengannya.”
Dalam masa yang sama, Ronaldo turut mendedahkan kejuaraan Eropah merupakan fokus utama pasukan.
Selain dari UCL, Juventus mensasarkan untuk memenangi gelaran Serie A dan juga Coppa Italia.
Sebelum ini, Juventus telah 2 kali layak ke perlawanan akhir UCL dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka tewas di tangan Barcelona (2015) dan juga Real Madrid (2017).
Seandainya Ronaldo berjaya memenangi gelaran Eropah bersama Juventus, beliau akan menjadi pemain yang cukup elit apabila memenangi 6 gelaran UCL secara individu.
Beliau telah memenangi 5 gelaran Eropah setakat ini dengan 1 bersama Manchester United dan 4 lagi bersama Real Madrid.
Ronaldo menyertai Juventus dengan kontrak selama 4 tahun dan beliau sememangnya mempunyai peluang yang besar untuk mengulangi kejayaan tersebut di dalam kariernya.