Quantcast

BERITA

Cristiano Ronaldo: Kami Mendominasi Permainan, Tetapi Mereka Bernasib Baik

Cristiano Ronaldo menyifatkan kejayaan Manchester United menewaskan Juventus bukan satu perkara yang hebat.

Malah Ronaldo berkata, bekas pasukannya itu hanya memiliki nasib yang baik untuk meraih kemenangan berbanding pasukannya.

Manchester United melakar kemenangan 2-1 keatas Juventus, sekali gus mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara.

TURIN, ITALY – NOVEMBER 07: Cristiano Ronaldo of Juventus celebrates after he scores his sides first goal during the UEFA Champions League Group H match between Juventus and Manchester United at Juventus Stadium on November 7, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Ronaldo meletakkan Juventus di depan pada babak kedua (minit 65) sebelum skuad bimbingan Jose Mourinho bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Juan Mata pada minit ke-86 dan gol sendiri Leonardo Bonucci pada masa kecederaan.

Manchester United tidak melakukan usaha untuk memenangi perlawanan.”

“Anda tidak boleh bercakap tentang nasib, kerana anda perlu mencari nasib anda sendiri, dan dalam kes ini, kami hanya memberikan kepada mereka.”

“Kini kami hanya perlu bangga, kerana kami bermain dengan baik dan masih berada di puncak kumpulan,” kata Ronaldo menerusiĀ Goal.

Juventus bermain lebih baik

Mengulas mengenai aksi kedua-dua pasukan, Ronaldo mengakui pasukannya bermain lebih baik berbanding Manchester United.

Menurut Ronaldo, Juventus berjaya mendominasi permainan dari awal sehingga tiupan wisel penamat.

“Liga Juara-Juara adalah persaingan khusus, di mana anda boleh menang, tetapi tidak boleh bersantai, seperti apa pun yang dapat terjadi.” kata Ronaldo.

TURIN, ITALY – NOVEMBER 07: Marouane Fellaini of Manchester United celebrates his sides second goal which came through a Alex Sandro of Juventus (not pictured) own goal during the UEFA Champions League Group H match between Juventus and Manchester United at Juventus Stadium on November 7, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Kami mendominasi permainan selama 90 minit, mempunyai banyak peluang, boleh melakukan tiga atau empat kali jaringan, tetapi kami santai dan akhirnya kami dihukum.”

Perlawanan yang berlangsung di Turin menyaksikan Juventus gagalĀ  menyempurnakan kesempatan beraksi di laman sendiri.

Kegagalan Paulo Dybala dan Juan Cuadrado dibarisan hadapan dengan melepaskan beberapa peluang keemasan telah merencatkan usaha pasukan untuk mengutip tiga mata berharga.

Sebaliknya, kemasukan Marouane Fellaini telah membantu memperkuatkan barisan pertahanan dengan berjaya mengagalkan serangan dari Juventus.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!