Cristiano Ronaldo Jr adalah antara kanak-kanak paling terkenal di dunia.
Merupakan anak kepada salah seorang pemain terbaik dunia bola sepak pernah saksikan, kanak-kanak berusia 9 tahun ini sering kali mencuri tumpuan kerana kemampuannya di atas padang.
Cristiano Ronaldo Jr merupakan seorang pemain berbakat besar dan kini beraksi bersama skuad remaja Juventus.
Pada Oktober lalu, Cristiano Jr dilaporkan telah menjaringkan 58 gol dan 18 assists dari 28 perlawanan.
Sebelum ini Cristiano Jr sering berlatih bersama ayahnya di belakang rumah yang juga merupakan pemenang lima kali Ballon d’Or.
Cristiano Ronaldo yang kini membintangi skuad Juventus juga memiliki pengikut Instagram seramai 205 juta orang.
Ronaldo turut mengikuti 441 akaun – dan akaun terakhir adalah milik anaknya Cristiano Jr.
Menurut Daily Mail, Cristiano Jr baru sahaja membuka akaun Instagram pada Isnin lalu, dan sejak dari itu telah diikuti oleh hampir sejuta pengikut.
Pada Januari lalub laporan mengatakan Ronaldo menjana pendapatan sebanyak AS$47.8 juta (RM196 juta) menerusi pelbagai iklan produk di media sosial itu.
Pendapatannya sebagai pemain bola sepak pula berjumlah AS$35 juta (RM143.6 juta) pada tahun lalu.
Menurut sumber daripada Business Insider, Ronaldo yang memiliki 205 juta pengikut itu dibayar hampir RM4.10 juta bagi setiap posting di Instagram.
Siapa tahu satu hari nanti Cristiano Jr bukan sahaja menjadi pemain hebat, tetapi turut mampu menjadi influencer media sosial yang berjaya seperti ayahnya.