Cristiano Ronaldo Impi Jadi GOAT Terbaharu Di Youtube

Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo nampaknya serius ingin menjadikan platform Youtube sebagai salah satu cabang untuk menaikkan lagi namanya pada masa akan datang.

Terbaharu, Ronaldo dilaporkan ingin mengatasi pempengaruh hebat di Youtube iaitu Mr Beast daripada segi jumlah ‘subscriber’ yang kini terus bertambah kepada puluhan juta.

Untuk rekod, Mr Beast kini dilaporkan memiliki jumlah ‘subscriber’ seramai 313 juta setelah tampil dengan pelbagai kandungan video menarik buat tatapan seluruh dunia.

Walaupun begitu, dominasi beliau mungkin kini bakal terancam selepas Ronaldo tampil dengan begitu cemerlang daripada jumlah ‘subscriber’ sebaik sahaja saluran Youtube beliau dimuat naik secara rasmi.

Hanya beberapa jam sahaja selepas saluran Youtube beliau dicipta bersama video dimuat naik, beliau berjaya mengumpul jutaan ‘subscriber’ dan mendapat penghargaan daripada laman tersebut.

Pada 1 September, saluran Youtube bekas pemain Manchester United itu sudah pun mencecah 55.6 juta ‘subscriber’ dan kini mengekori rapat akaun selebriti seperti Taylor Swift (59 juta) dan Justin Bieber (73 juta).

Pesaing beliau dalam dunia bola sepak yang juga bekas bintang handalan Barcelona, Lionel Messi pula hanya memperoleh 2.7 juta ‘subscriber’ sahaja.

Impak dibawa Ronaldo itu jelas menyaksikan beliau bukan sahaja ingin mendapatkan gelaran GOAT (Greatest Of All Time) dalam dunia bola sepak, malah turut memburu gelaran tersebut di Youtube.

Malah, Ronaldo sendiri mengakui kini beliau ingin memintas populariti Mr Beast pada masa hadapan daripada segi jumlah ‘subscriber’ jika memiliki peluang.

“Anak-anak saya bergurau dengan menyatakan saya kini telah pun menjadi Youtuber, tetapi sasaran sebenar saya adalah untuk berhubung dengan lebih dekat bersama para peminat.

“Dan ya, sudah tentu saya ingin cuba mengatasi Mr Beast,” jelas Ronaldo menerusi perkongsian dibuat oleh Marca ketika dalam satu sesi temu bual bersama bintang bola sepak Al-Nassr itu.

Suka atau tidak, semua peminat bola sepak di seluruh dunia perlu mengakui populariti dibawa oleh Ronaldo terus meningkat walaupun kini banyak bintang-bintang bola sepak baharu dilahirkan.

Tidak terkenal dengan hanya ketajaman di hadapan gawang gol, Ronaldo juga memiliki karisma tersendiri yang jarang dipamerkan oleh mana-mana bintang bola sepak lain kini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN