Cristiano Ronaldo Hampir Sertai AC Milan Dan Mahu Julang UEL, Tapi…

Bekas pengarah Sukan AC Milan Massimiliano Mirabelli menyatakan bahawa delegasi mereka hampir berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo ke kelab tersebut.

AC Milan ketika itu memberitahu Ronaldo bahawa mereka bersaing dalam Europa League. Yang menariknya apabila Cristiano Ronaldo tidak kisah dengan perkara itu dan berkata: “Oh, Europa League masih belum ada dalam koleksi kejuaraan saya, dan saya akan memenanginya [bersama kamu].”

Mirabelli mendedahkan mereka sangat hampir untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo kerana mendengar ada beberapa masalah melibatkan pihak Ronaldo dengan Real Madrid ketika itu.

Namun malangnya, ketika pemilik China – AC Milan tiba-tiba menghalang usaha itu kerana menganggap pembelian Ronaldo tidak sesuai dengan projek jangka panjang kelab mereka.

Mirabelli percaya jika AC Milan dimiliki oleh pemilik yang sekarang pada ketika itu, pastinya Cristiano Ronaldo akan bermain untuk AC Milan selepas segala rundingan dengan Jorge Mendes sangat positif.

Mirabelli lebih kecewa melihat Ronaldo ternyata masih memiliki kudrat untuk bermain di peringkat tertinggi pada musim ini degan Juventus.

Mirabelli berkata: “Jika pemilik sekarang menjadi pemilik kelab, pastinya Ronaldo sudah menjadi pemain Milan.”

“Saya memberitahu Ronaldo ketika itu, jika kamu sertai kami, kamu tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara. Ronaldo berkata: OK!, lagipun saya tidak pernah memenanginya, dan saya akan menangi itu juga [bersama kamu].”

Ronaldo jelas optimis akan berjaya membantu AC Milan menjulang Europa League. Beliau kelihatan memang sudah tidak gembira di Real Madrid. Ketika itu juga beliau kerapkali menggambarkan dirinya akan ke Itali.

https://twitter.com/kobinaessel39/status/1111254282093973507

Dan selepas itu Juventus melakukan langkah pro aktif untuk memburu Ronaldo.

Mirabelli menambah lagi: “Saya sudah memainkan peranan saya sebaik mungkin. Dan tiba ke tangah pemilik dari China ketika itu, mereka enggan keluarkan wang dan mereka anggap kami akan gagal jika meneruskan perancangan tersebut.”

Ronaldo kini berada dalam persaingan kasut emas Serie A. Beliau juga cemerlang membantu Juventus mara ke suku akhir UCL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN