Cristiano Ronaldo Diharamkan Dari Melakukan Debutnya Bersama Al-Nassr Hari Ini

Cristiano Ronaldo diharamkan dari melakukan debutnya bersama Al-Nassr hari ini selepas beliau melengkapkan perpindahan mega menyertai gergasi Arab Saudi itu.

Pemain berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak mega selama dua tahun bersama Al-Nassr selepas beliau sah bercerai dengan Manchester United bulan lalu.

Cristiano Ronaldo akan menerima gaji bernilai £173 juta setahun, seterusnya menjadikan beliau sebagai penerima gaji tertinggi dalam dunia bola sepak.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu tiba di Riyadh pada Isnin baru-baru ini dengan beliau sudah selesai menjalani ujian kesihatan untuk melengkapkan perpindahannya.

Beliau turut sempat beramah mesra bersama media-media tempatan dengan Ronaldo menegaskan yang beliau sebenarnya ada menerima banyak tawaran dari pelbagai kelab di Eropah sebelum memutuskan untuk menyertai Al-Nassr.

Beliau turut sempat meluangkan masa untuk menyertai sesi latihan terbuka bersama rakan sepasukannya yang baru dengan Ronaldo dilihat mempamerkan skill-skill hebatnya ketika sesi latihan tersebut.

Walau bagaimanapun, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu masih tidak boleh melakukan debutnya pada hari ini bertemu Al-Ta’ee.

Dek kerana ramai percaya Ronaldo akan bermain hari ini, maka para peminat tidak melepaskan peluang untuk melihat debut bintang terhebat sepanjang zaman Portugal itu.

Mereka juga turut berjaya menjual tiket sehingga habis licin dengan 28000 penonton dijangka akan hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, dek kerana beliau masih perlu menjalani hukuman penggantungan yang di bawa dari Manchester United, maka Ronaldo tidak dibenarkan untuk beraksi dalam perlawanan hari ini.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Ronaldo diharamkan dari turun beraksi dalam perlawanan bertemu Al-Ta’ee hari ini atas alasan tersebut.

Hukuman penggantungan itu di bawa bersama ke Al-Nassr dengan Ronaldo hanya akan dibenarkan untuk melakukan debutnya selepas menjalani hukuman penggantungan dua perlawanan.

Hal itu bermaksud yang Cristiano Ronaldo hanya akan dibenarkan untuk turun beraksi dalam perlawanan bertemu Ettifaq pada 21 Januari nanti.

Legenda Portugal itu dihukum gantung dua perlawanan dan turut didenda oleh FA ekoran dari insiden beliau menghenpas telefon bimbit milik penyokong kanak-kanak di Goodison Park.

Walau insiden itu sudah agak lama berlaku, namun pihak FA sebenarnya baru sahaja mengumumkan hal tersebut selepas Ronaldo meninggalkan Man United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN