Cristiano Ronaldo Mahu Barcelona Beri Penghormatan ‘Guard Of Honour’ Atas Pencapaian Real Madrid

Selepas berjaya memastikan satu lagi kejuaraaan buat Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkata beliau inginkan Barcelona memberikan penghormatan kepada Real Madrid, dengan melakukan ‘Guard of Honour’.

Real Madrid bergelar juara dunia selepas menewaskan Gremio 1-0 dalam perlawanan akhir FIFA Club World Cup. Real Madrid akan berhadapan dengan Barcelona dalam perlawanan El Clasico di Estadio Santiago Bernabeu pada 23 Disember hadapan.

Kapten Portugal itu menunjukkan kehebatan penyudahnya apabila menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-53 perlawanan, yang terbias selepas terkena benteng pertahanan Gremio.

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

“Ia pasti sesuatu yang hebat jika Barcelona boleh memberi kami penghormatan ‘Guard of Honour’,” ujar Ronaldo selepas tamat perlawanan kepada wartawan.

“Sudah tentu kami juga mengharapkan akan menang dalam perlawanan menentang Barcelona. Perlawanan tersebut penting untuk Real Madrid untuk menghidupkan kembali peluang bersaing kejuaraan liga.”

“Kami mahu menikmati setiap saat, kerana kita tidak akan tahu apa yang menanti kita di masa hadapan,” tambah Ronaldo lagi mengenai kejayaan mereka bergelar juara dunia.

Bagi Ronaldo, menjaringkan gol kemenangan untuk memastikan Real Madrid bergelar juara dunia adalah sesuatu yang beliau banggakan.

“Saya gembira kerana menjaringkan gol ini. Saya sangat gembira. Kami telah melalui musim yang hebat. Real Madrid tidak pernah memenangi sehingga 5 kejuaraan dalam tempoh semusim, dam kami mahukan ia di sini.”

“Ia adalah rekod baharu buat kelab ini. Saya hanya bercakap melalui aksi yang diperagakan di atas padang. Saya hanya mahu memberikan yang terbaik untuk mereka yang sentiasa menyokong saya.”

“Saya tidak akan hilang motivasi, dan akan terus beraksi dan berlatih, kerana saya sangat cintakan bola sepak. Bola sepak ialah perkara yang paling saya sukai di dalam hidup ini,” jelas Ronaldo lagi.

Baru-baru ini Cristiano Ronaldo turut menerima kritikan daripada beberapa pihak selepas mengiktiraf dirinya sebagai pemain terbaik dunia selepas memenangi anugerah Ballon d’Or ke-5.

Jurulatih Gremio mendakwa dirinya lebih baik daripada Ronaldo, namun terpaksa akur akan kehebatan pemain itu dan Real Madrid untuk bergelar juara dunia.

Legenda Argentina, Diego Maradona turut membidas kenyataan Ronaldo dan mendakwa pemain-pemain lain seperti dirinya, Di Stefano, Cruyff, dan Messi adalah pemain yang lebih hebat daripada penyerang Portugal itu.

Musim lalu, Barcelona mengabaikan kejayaan Los Blancos di pertandingan yang sama, ketika kedua-dua kelab bertemu di Nou Camp sejurus selepas pertandingan FIFA Club World Cup di Jepun.

Semua mata pasti akan tertumpu kepada El Clasico pada 23 Disember hadapan, untuk melihat sama ada Messi dan rakan-rakan akan memberi penghormatan ‘Guard of Honour’ kepada Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN