Video: Saksikan Cristiano Ronaldo Raikan Ballon d’Or Di Menara Eiffel, Paris

Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2017 dan merupakan yang ke-5 dalam sepanjang karier profesionalnya.

Penyerang Real Madrid dan Portugal ini menewaskan pesaing terdekat, Lionel Messi dan juga Neymar untuk meraih anugerah berprestij individu bola sepak dunia ini, selepas cemerlang bersama Los Blancos sepanjang musim lalu.

Kemenangan kali ini bermakna, Ronaldo berkongsi rekod dengan Messi sebagai pemenang terbanyak pernah meraih anugerah ini setelah kedua-duanya memonopoli anugerah berkenaan sejak sedekad lalu.

Menuju majlis gilang gemilang yang diadakan di Menara Eiffel, Paris ini, Ronaldo juga telah dinobatkan sebagai pemenang FIFA ‘The Best’ atas pencapaian sepanjang musim 2016-17.

Setelah membantu negaranya Portugal meraih kejuaraan Euro 2016, Ronaldo meneruskan prestasi cemerlang bersama Real Madrid untuk memenangi kejuaraan La Liga UEFA Champions League, UEFA Super Cup dan juga FIFA Club World Cup pada musim lalu.

Ia adalah pertama kali Real Madrid menjuarai sehingga 4 trofi dalam tempoh semusim sepanjang sejarah kejayaan gergasi Sepanyol tersebut.

Sepanjang tempoh itu, Ronaldo telah menjaringkan 42 gol dalam 46 perlawanan kompetitif untuk Real Madrid.

Majlis pengumuman dan penyampaian anugerah Ballon d’Or pada malam tadi, diadakan di Menara Eiffel, Paris.

Dalam ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dipetik sebagai berkata:

“Anugerah ini adalah apa yang saya mahukan setiap tahun. Terima kasih untuk rakan sepasukan di Real Madrid. Saya juga mahu mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama dengan saya untuk berada di tahap ini.”

Bagi yang terlepas peluang menyaksikan majlis tersebut pada malam tadi, anda boleh menyaksikan majlis penyampaian trofi Ballon d’Or dan bagaimana Cristiano Ronaldo meraikan kejayaan pada kali ini di Menara Eiffel di dalam video di bawah.

Mampukah Cristiano Ronaldo melengkapkan 7 trofi Ballon d’Or seperti yang diimpikannnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN