Sebuah stesen TV Portgual, SIC melaporkan Cristiano mendapat anak kembar tak seiras, lelaki dan perempuan. Dikhabarkan, Ronaldo memberikan nama Eva dan Mateo.
Namun buat masa ini pihak Cristiano Ronaldo dan agensi beliau masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal tersebut.
Ronaldo sekali lagi memilih kaedah ibu tumpangan selepas menggunakannya untuk Cristiano Jr. yang juga digelar Cristianinho.
Apa yang menarik perhatian dunia adalah siapakah ibu tumpangan tersebut. Ronaldo dan keluarga beliau tidak mahu mendedahkan apa-apa tentang hal itu.
Sebelum ini, Cristiano Jr. didaftarkan kelahiran di sebuah hospital swasta di Florida.
Kemudian kecoh satu kenyataan menyebut bahawa ibu kepada Cristiano Jr. adalah dari Mexico. Wanita itu adalah ibu kepada 2 orang anak. Maklumat itu datang dari bekas pembantu rumah kakak Ronaldo di Portugal.
Namun perkara itu dinafikan Katia (kakak Ronaldo) yang menuduh bekas pembantu rumah beliau penipu. Ronaldo tidak pernah melayan cerita tersebut.
Hari ini Ronaldo sedang bergembira dengan perkhabaran tentang kelahiran kembar beliau. Ronaldo akan membesarkan kembar tersebut dan Cristiano Jr. bersama ibunya serta teman wanitanya Georgina Rodriguez.
Siaran TV SIC Portugis memberitahu:
“Cristiano Ronaldo menjadi ayah sekali lagi pada Khamis.”
“Mateo dan Eva adalah nama anak yang diberikan kepada kembar tersebut. Kembar tersebut lahir dari kaedah ibu tumpangan.”
“Buat masa ini, cerita rahsia ini masih lagi belum diumumkan Ronaldo kepada dunia.”
Tahniah Ronaldo! Musim produktif!