Craig Bellamy Bakal Menjadi Pengurus Pasukan Oxford United?

Craig Bellamy

Nama Craig Bellamy ini sebenarnya tidak asing lagi bagi penonton Liga Perdana Inggeris. Beliau antara pemain tempatan yang banyak berkelana ke kelab Inggeris.

Craig pernah menyarung jersi Norwich, Coventry, serta Newcastle. Beliau juga sempat beraksi untuk Celtic buat seketika.

Malah, Liverpool pernah menandatanganinya sebanyak dua kali. Kelab terakhirnya sebagai pemain ialah Cardiff City.

Jurulatih

Sewaktu menyarung jersi pasukan kebangsaan Wales. Sumber: WalesOnline.

Kini beliau menjawat jawatan sebagai jurulatih skuad pembangunan Cardiff City. Sebelum ini, beliau telah ditemuduga FA Wales sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

Namun, Ryan Giggs telah dipilih badan induk tersebut untuk mengemudi Wales.

Tetapi, sekali lagi namanya menjadi tumpuan kerana satu jawatan kosong di Oxford United.

Difahamkan beliau telah berbincang dengan kelab EFL League One itu beberapa minggu yang lalu. Kelab itu dikatakan memberikan kontrak yang lumayan untuk Craig.

Oxford United sedang mencari pengurus setelah Pep Clotet dipecat bulan lalu. Kelab itu kini menduduki tangga ke-15 EFL League One.

Pengurus generasi baru

Kevin Nolan kini menjadi pengurus Notts County sejak Januari 2017. Sumber: The Sun.

Sekiranya Craig menerima jawatan sebagai pengurus Oxford, beliau menyertai beberapa nama bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang menjadi pengurus.

Ya, dekad yang lepas mereka menjadi pemain, namun kini pula mereka menjadi pengurus. Meskipun di divisyen bawah!

Pengurus Crawley Town, Harry Kewell. Sumber: SBS.

Antaranya Harry Kewell (Crawley Town) dan Kevin Nolan (Notts County). Begitu juga, Jimmy Floyd Hasselbaink di Northampton Town.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN