COVID-19: Paulo Dybala Dan Paolo Maldini Diuji Positif

Penyerang Juventus, Paulo Dybala dan bekas pemain AC Milan, Paolo Maldini telah diuji positif penyakit COVID-19 semalam.

Melalui mesej di akaun Instagram beliau, Dybala berkata beliau dan teman wanitanya telah diuji positif COVID-19. Tetapi kedua-duanya berada dalam kesihatan yang baik.

“Oriana dan saya kedua-duanya telah diuji positif,” tulis pemain Argentina berusia 26 tahun itu. “Mujur kami sihat.”

Teman wanita Dybala, Oriana Sabatini – seorang penyanyi, pelakon dan model di Argentina – merupakan anak saudara bekas pemain tenis Gabriela Sabatini yang pernah menjuarai Kejohanan Terbuka US 1990.

Dybala merupakan pemain Juventus ketiga yang telah disahkan positif, selepas Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.

Sementara itu pengarah teknikal AC Milan, Paolo Maldini dan anaknya Daniel juga telah diuji positif menurut kenyataan rasmi kelab itu. Bagaimanapun – seperti Dybala – kedua-dua mereka masih sihat.

AC Milan turut memaklumkan Daniel Maldini, 18, telah berlatih dengan skuad senior AC Milan dan telah menjalani proses kuarantin sendiri selama dua minggu di rumah bersama bapanya.

Kedua-dua anak beranak ini akan terus berada dalam kuarantin sehingga betul-betul pulih.

Pakar kesihatan menganggarkan hampir 18% pesakit yang positif COVID-19 tidak menunjukkan sebarang simptom (asymptomatic).

Di Itali, punca wabak ini meningkat berkali-kali ganda adalah kerana pesakit asymptomatic tidak mengendahkan arahan untuk membuat kuarantin sendiri di rumah.

Ketika ini Itali mempunyai jumlah kes kematian paling tinggi di dunia daripada wabak COVID-19.

Pada waktu artikel ini sedang ditulis, Itali sudah mencatat 4,825 kes kematian – jauh lebih tinggi berbanding China iaitu 3,255.

Semua aktiviti sukan di Itali, termasuk Serie A, digantung sehingga 3 April.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai kesan wabak COVID-19 kepada Itali:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN