COVID-19: Kelab Brazil Tawar Guna Stadium Dan Pusat Latihan Sebagai Tempat Rawatan

Beberapa kelab Brazil mengambil tanggungjawab untuk membantu pihak autoriti memerangi penularan wabak coronavirus (COVID-19) dengan menawarkan stadium dan pusat latihan mereka sebagai tempat rawatan.

Bahian, Athletico Paranaense dan Sao Paolo adalah antara kelab yang membuat tawaran tersebut kepada pihak kerajaan pada Khamis.

“Kami boleh berikan pusat latihan kami untuk pihak kerajaan gunakan sebagai pusat pengumpulan pesakit-pesakit yang dijangkiti selama mana yang mereka mahukan,” ujar kelab Bahia dalam laman Twitter.

Kelab tersebut mengatakan mereka mempunyai tiga bangunan yang mengandungi 28 bilik di pusat latihan Fazendao dan pihak autoriti boleh memindahkan semua pesakit ke sana.

“Kita akan menghantar semua pesakit COVID-19 yang tidak mengalami gajala yang serius di Fazendao ke sana,” kata Gabenor Bahia, Rui Costa.

Atletico Paranaense yang berpangkalan di Curitiba pula menawarkan stadium dan pusat latihan mereka yang pernah digunakan oleh juara dunia, Sepanyol semasa kejohanan Piala Dunia 2014 kepada pihak berkuasa untuk digunakan.

Sao Paolo juga tidak ketinggalan untuk menawarkan fasiliti mereka termasuk Stadium Morumbi yang digunakan dalam perlawanan pembukaan Copa America tahun lepas.

Hampir semua kelab Brazil menggunakan akaun media sosial mereka untuk memberikan maklumat penjagaan kesihatan kepada penyokong mereka.

Negara terbesar di Amerika Selatan itu setakat ini telah mencatatkan 621 kes dengan enam kamatian.

Baca juga artikel kami yang lain megnenai COVID-19:

Leave a Reply