Phillipe Coutinho Tekad Mahu Bersama Bayern Munich Dalam Tempoh Yang Lama

Philippe Coutinho

Rekrut terbaru Bayern Munich, Phillipe Coutinho berazam untuk membantu kelab baharunya itu mencipta pelbagai kejayaan dan bertekad mahu kekal lama di Munich.

Pemain jentera serangan berusia 27 tahun itu telah menandatangani perjanjian pinjaman untuk menyarung jersi kelab Bavaria tersebut selama semusim berserta pilihan perpindahan secara tetap.

Coutinho hadir ke Allianz Arena dengan reputasi selaku penjaring 21 gol pada 75 penampilannya bersama Barcelona.

”Saya mempunyai cabaran yang besar di sini (Bayern Munich) dan saya berharap dapat kekal dalam tempoh yang lama dan memenangi banyak kejuaraan.”

”Di Bayern, harapan sentiasa besar dan sudah tentu Liga Juara-Juara Eropah adalah sasarannya dan saya akan melakukan yang terbaik untuk memenangi Bundesliga, DFB-Pokal dan Liga Juara-Juara Eropah bersama-sama rakan sepasukan.”

”Saya telah dibentangkan dengan projek yang bercita-cita tinggi, saya juga seorang yang bercita-cita tinggi dan saya telah bercakap bersama Thiago (Alcantara), Rafinha dan Lucio, dan saya mendengar banyak perkara baik. Mereka benar-benar membantu saya.”

”Saya bekerja keras dan bercita-cita tinggi, dan setiap kali saya menyarung jersi Bayern, saya akan melakukan yang terbaik di dalam padang untuk mencapai matlamat tersebut.”

Phillipe Coutinho akan memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini digunakan oleh pemain sayap lincah, Arjen Robben.


Kredit foto
: FC Bayern Munchen 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN