Bintang Brazil, Philippe Coutinho mengakui dirinya tidak pasti sama ada akan terus kekal beraksi bersama Barcelona atau sebaliknya pada musim hadapan.
Bekas perancang utama Liverpool itu melalui musim serba tidak menjadi pada musim ini, termasuk sukar menempatkan diri di dalam kesebelasan utama Ernesto Valverde secara konsisten.
Coutinho berhijrah ke Nou Camp pada Januari 2018 melibatkan urusniaga mencecah €160 juta. Namun kini kelab Catalan itu dikatakan bersedia untuk mendengar sebarang tawaran untuk pemain tersebut.
‘I don’t know if I will continue at Barcelona’
Philippe Coutinho admits future is up in the air amid ‘interest from Manchester United and Chelsea’https://t.co/hgxvPSjmKa pic.twitter.com/BjycpQEknu
— MailOnline Sport (@MailSport) June 20, 2019
“Saya tidak pasti sama ada saya akan kekal bersama Barcelona. Tiada ada sesiapa yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kini saya hanya mahu fokus kepada pasukan [Brazil] ini,” ujar beliau yang kini sedang bersama Brazil di kejohanan Copa Ameica 2019.
Antara kelab yang dikatakan serius mempertimbangkan khidmat Coutinho pada musim hadapan ialah Chelsea, yang melihat pemain itu sebagai pengganti terus kepada Eden Hazard – setelah pemain antarabangsa Belgium itu melengkapkan perpindahan ke Real Madrid.
Desperate Barcelona plot how to bring £265m Neymar back and may offer PSG Coutinho and Dembele in crazy swap transfer https://t.co/uARXL50vvg
— Sun Sport (@SunSport) June 20, 2019
Namun demikian Chelsea kini sedang menjalani hukuman oleh FIFA dan tidak boleh melakukan sebarang urusniaga di jendela perpindahan pemain sehingga jendela musim panas tahun hadapan.
Paris Saint-Germain (PSG) turut dikatakan antara destinasi kemungkinan untuk Coutinho, sekiranya Barcelona ingin mendapatkan kembali khidmat Neymar.