Coutinho Mahu Salah Sertai Barcelona Berganding Dengan Messi

Bekas bintang Liverpool, Philippe Coutinho mahu bekas rakan sepasukannya, Mohamed Salah menyertai beliau dalam skuad Barcelona menurut laporan daripada media sepanyol, Don Balon.

Pemain Brazil itu meninggalkan Anfield pada januari lepas untuk menyertai Barcelona dengan rekod perpindahan £142 juta dan beliau amat mengagumi prestasi semasa Salah yang sentiasa konsisten menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Bintang Mesir itu sudah meledakkan 28 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan Liverpool ternyata tidak terjejas sejak ketiadaan Coutinho.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Malah Salah kini turut menjadi buruan satu lagi pasukan gergasi dari Sepanyol iaitu Real Madrid.

Real Madrid bersedia dengan perjanjian €150 juta ditambah dengan Lucas Vazquez untuk pemain Mesir tersebut.

Presiden kelab itu, Florentino Perez dilihat cuba membentuk era baru Galatico di Real Madrid. Sudah lama Real Madrid tidak berbelanja besar dalam perpindahan pemain.

Salah setakat ini masih gembira bermain di bawah Jurgen Klopp dan Klopp juga turut mengesahkan tidak minat dengan tawaran daripada Barcelona seperti didakwa oleh Coutinho.

Salah juga me­ngakui dia kini selesa bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya gembira bermain dalam Liga Perdana, corak permainannya sesuai dengan cara saya dan saya suka bermain di sini.

“Saya sudah memberitahu sebelum ini, sejak saya berada di Liverpool saya menyukainya dan mahu mempamerkan aksi sebenar di sini.

“Ini impian saya untuk memenangi Liga Perdana, kelab ini sudah lama tidak memenangi sebarang trofi. Sejujurnya saya mahu memenangi trofi bersama Liverpool,” katanya.

Liverpool telah membayar Roma sebanyak 39 juta pound (RM211 juta) untuk membawa Salah menyertai The Reds ketika tempoh perpindahan musim panas lalu.

Kehadiran semula Ousmane Dembele daripada kecederaan mungkin akan menjadi faktor Barcelona tidak jadi untuk mendapatkan khidmat Salah untuk berganding dengan seorang lagi pemain bintang, Lionel Messi.

Coutinho sememangnya mahu Salah datang ke Nou Camp seperti mana bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez hadir, tetapi perpindahan yang paling realistik untuk Barcelona ketika ini ialah mendapatkan khidmat Antoine Griezman dari Atletico Madrid.

Bintang Perancis yang berusia 27 tahun itu dijangka akan menyertai Barcelona berikutan kehadiran Diego Costa dalam skuad Athletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN