Perancang Brazil, Phillipe Coutinho memberitahu wartawan yang beliau dan rakan-rakan sudah bersedia untuk berhadapan dengan cemuhan dari semua pihak.
Coutinho menyifatkan kekalahan mereka kali ini bukan sahaja di tangan Belgium malam turut dibelasah teruk oleh media, peminat dan ramai lagi pihak,
Brazil tewas di tangan Belgium 2-1 dalam suku akhir Piala Dunia walaupun hadir dengan reputasi yang sangat tinggi ke Rusia dengan rekod mereka di pusingan kelayakan.
Aksi separuh masa pertama yang sangat rapuh membuatkan mereka dibuli teruk di tengah. Pada separuh masa kedua, mereka lebih baik, namun hanya mampu menyempurnakan 1 gol daripada beberapa peluang terbaik.
Coutinho mencipta assist dalam perlawanan tersebut. Dalam Piala Dunia kali ini, Coutinho boleh dikatakan pemain terbaik Brazil.
Lantas, Coutinho memberitahu yang mereka sudah mencuba sedaya upaya namun agak kurang bernasib baik.
“Kami mahu mara sehingga ke final kali ini. Dan kami semua telah memberikan yang terbaik yang kami ada.”
“Saya yakin kami akan dicemuh dan dibelasah teruk dengan kritikan daripada semua pihak. Namun hidup harus diteruskan. Itulah bola sepak, ada kalanya anda menang dan ada kalanya anda kalah.”
“Kami sedih kerana kami sangat dahagakan kemenangan seperti mana kesemua rakyat Brazil lain. Namun malangnya, kami tak mampu.”
Coutinho juga tahu yang beberapa pemain akan meninggalkan skuad ini kerana sudah berusia. Namun beliau yakin, generasi baru sudah bersedia menggalas cabaran untuk pasukan Brazil.