Doktor Yang Merawat Coutinho Sahkan Beliau Cergas, Boleh Beraksi Untuk Brazil

Nama Philippe Coutinho menjadi sebutan ketika ini selepas isu perpindahan beliau dari Liverpool sering menjadi perhatian.

Beliau setakat ini belum lagi bermain untuk Liverpool musim ini atas alasan mengalami kecederaan belakang.

Namun begitu, doktor yang merawat pemain tersebut mengesahkan Coutinho boleh beraksi untuk pasukan Brazil ketika sesi bola sepak antarabangsa selepas ini.

(Photo by Boris Streubel/Getty Images)

Menurut Doktor Michael Simoni yang merawat pemain Liverpool itu, kecederaan belakang yang dihadapi oleh Coutinho adalah kerana tekanan yang dihadapi pemain itu sejak kebelakangan ini.

Adakah beliau tertekan kerana tak dapat pergi ke Barcelona?

“Masalah yang dihadapi oleh Coutinho adalah melibatkan masalah emosi. Ia adalah masalah tekanan.”

“Beliau menghadapi perkara tersebut kerana beliau terlibat dengan tekanan dan ketidaktentuan mengenai masa depan dirinya.”

“Ia merupakan satu perkara yang boleh dirawat dan sebenarnya beliau boleh bermain dan berlatih seperti biasa.”

Menurut Simoni lagi, situasi yang dihadapi Coutinho itu cumalah memerlukan pemain itu bercakap dengan seseorang yang boleh menyakinkan pemain itu yang semuanya baik-baik saja.

Sumber:

  1. UOL Sports (2017): Coutinho é avaliado, e médico vê dores nas costas como estresse: “liberado”; https://esporte.uol.com.br/futebol/ultimas-noticias/2017/08/28/coutinho-e-avaliado-e-medico-ve-dores-nas-costas-como-estresse-liberado.htm

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN