Quantcast

BERITA

Coutinho Akui Beliau Bermain Teruk Musim 2018/19, Tekad Perbaiki Prestasi

Bintang Brazil dan Barcelona – Phillipe Coutinho mengakui beliau bermain teruk pada musim 2018/19. Beliau bertekad akan memperbaiki prestasi dengan bekerja keras.

Coutinho menyertai Bacelona pada Januari 2018. Beliau cemerlang dengan 8 gol dan 5 assist dalam 18 perlawaan – separuh musim.

Musim penuh pertama beliau adalah 2018/19 – dan Coutinho dikrtitik hebat kerana aksi kurang konsisten dan tidak bermaya. Beliau hanya menjaringkan 5 gol dan mencetak 2 assist. Di dalam kempen UCL, Coutinho hanya menjaringkan 3 gol dan melakukan 3 assist.

Akibat aksi kurang baik musim 2018/19, beliau kehilangan tempat kepada Ousmane Dembele. Dan hanya kembali sebagai pemain utama ketika Dembele cedera.

Kritikan daripada penyokong Barcelona semakin memuncak selepas aksi hambar ketika malam Barcelona disingkirkan oleh Liverpool di Anfield dalam saingan UCL – separuh akhir.

Bercakap kepada wartawan, Coutinho turut memberikan penilaian yang sama dengan ramai pihak. Iaitu beliau tidak cukup bagus pada musim 2018/19.

Coutinho berkata: “Musim yang tidak bagus untuk saya [secara peribadi]. Aksi saya jauh lebih teruk daripada yang saya sangkakan.”

“Satu-satunya cara untuk memperbaiki semula prestasi adalah dengan mendapatkan semula keyakinan. Itu semua dilakukan dengan kerja keras dan saya ketika ini sedang bekerja keras.”

Coutinho akan menjadi pemain penting Brazil dalam saingan Copa America – lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Neymar di dalam pasukan – kerana pemain itu cedera.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!