Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menjaringkan hatrik untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) menghumban Olympique Lyonnais dengan keputusan 5-1 pada Rabu dan melangkah ke perlawanan akhir Piala Perancis.
Kejayaan tersebut mencerahkan peluang skuad kendalian Thomas Tuchel untuk meraih kejuaraan ‘treble’ di peringkat domestik pada musim ini di mana perlawanan akhir Piala Liga (Coupe de la Ligue) meraka akan berdepan dengan Lyon.
Lyon menamatkan perlawanan dengan 10 orang pemain selepas Fernando Marcal dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-61 ketika keputusan masih terikat 1-1.
This guy. pic.twitter.com/qbVCT75r2h
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 4, 2020
Kesempatan tersebut pantas dimanfaatkan PSG dengan menyumbat empat gol sehingga tamat perlawanan.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu garang mendahului permainan menerusi Martin Terrier yang menyudahkan hantaran Karl Toko-Ekambi. PSG kemudian tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Mbappe menjaringkan gol ke-28 musim ini.
Pada separuh masa kedua, Marcal yang sudah mengutip kad kuning menampan bola dengan tangannya dan pengadil terus memberikan kad kuning kedua.
🔥 𝘼𝙡𝙚𝙜𝙧𝙞𝙖
🔴🔵 #AllezParis
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 4, 2020
Sepakan penalti yang diambil oleh Neymar diterjemahkan dengan sempurna dan Mbappe sekali lagi meledak pada minit ke-70 untuk meletakkan PSG selesa mendahului 3-1.
Penyerang Sepanyol, Pablo Sarabia menambah luka tuan rumah dengan gol keempat hasil dari rembatan jarak dekat sebelum Mbappe menoktahkan kemenangan besar PSG pada masa kecederaan.