Corbin Ong Puji Kualiti Dimiliki Oleh Terengganu

Pertahanan kental kebangsaan iaitu Corbin Ong tampil memberi pujian akan kelab lawan yang bakal dihadapinya bersama rakan sepasukan lain pada hari esok iaitu Terengganu bagi persaingan separuh akhir Piala Malaysia 2024/2025.

Terdahulu, kedua pasukan tersebut bakal mencipta perhitungan sulung di kejohanan itu dengan masing-masing sudah pasti membuat persediaan cukup rapi sebelum hari perlawanan.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal hadir selaku pasukan pelawat terlebih dahulu sebelum perlawanan seterusnya bersambung 1 Februari pula.

Atas kertas, JDT memiliki segala kelebihan untuk mengatasi Terengganu walaupun perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang pasukan lawan.

Namun, Corbin Ong enggan mengambil mudah perlawanan itu dengan menjangkakan aksi berintensiti tinggi bakal berlangsung sehingga ke wisel penamat.

Walaupun begitu, pertahananan kiri Harimau Malaya itu tampil optimis mereka mampu untuk meraih bekalan selesa untuk bersambung pada perlawanan separuh akhir kedua akan datang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

“Setiap kali JDT menentang Terengganu FC ia pasti menampilkan perlawanan berintensiti tinggi dan mereka dibarisi pemain yang mantap dengan kombinasi pemain senior dan muda malah mereka mahu membuktikan kredibiliti apabila beraksi di tempat sendiri.

“Bagaimanapun, kami tidak akan beri laluan mudah buat mereka, sebaliknya kami akan membuat persiapan rapi kerana kami juga mahu buru kemenangan untuk membawa pulang bekalan yang selesa.

“Agak menarik kerana kami akan bertemu Terengganu dalam tiga perlawanan berturut-turut dengan aksi Piala Malaysia pada Jumaat ini disusuli aksi Liga Super pada 25 Januari ini dan kemudiannya aksi kedua separuh akhir 1 Februari depan,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, pertahanan kental itu juga menyifatkan aksi separuh akhir ini umpama ulangan pada tahun lalu apabila JDT dan Sang Penyu saling berentap pada perlawanan akhir.

Saingan musim lalu menyaksikan JDT berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), apabila mereka menewaskan Terengganu menerusi keputusan 3-1.

Ketika itu, aksi sengit berjaya ditampilkan kedua pasukan sepanjang perlawanan berlangsung dengan masing-masing tampil memperagakan kualiri permainan menarik sepanjang tempoh berlangsung.

Sudah tentu para peminat kedua pasukan ini berharap aksi sengit seperti musim lalu kembali berulang dan hadir dengan lebih baik sebelum ia dinoktahkan oleh pengadil bertugas.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN