Quantcast

BERITA

Corbin Ong, Natxo Insa Antara 15 Muka Baharu Sertai Skuad Harimau Malaya

Empat muka baharu bakal melakukan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya berdasarkan senarai penuh 29 pemain yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang tadi.

Dalam merangka persiapan untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa kelas ‘A’, Ketua Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe telah memanggil 29 pemain untuk menyertai latihan pusat.

Skuad negara dijadualkan akan berhadapan dengan Mongolia pada 22 Mac (Khamis) hadapan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Skuad negara kemudiaannya akan berkunjung ke Beirut untuk perlawanan menentang Lebanon untuk  perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut pada Selasa, 27 Mac 2018.

Ini bermakna perlawanan menentang Mongolia adalah yang pertama aksi skuad kebangsaan kembali ke SNBJ, sejak perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan ini dipindahkan ke Larkin pada tahun lalu.

Sumber: JST, Facebook.

Antara nama yang mendapat panggilan oleh Tan Cheng Hoe pada kali ini ialah empat muka baharu.

Dua pemain JDT, Corbin Ong dan Natxo Insa, Arif Farhan dari pasukan Kedah, dan kapten pasukan Sabah Rawilson Batui.

Selain daripada itu, sebahagian pemain yang beraksi cemerlang bersama skuad B-23 di kejohanan Piala AFC di China yang lalu seperti Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan Adam Nor Azlin turut mendapat panggilan, menjadikan pasukan kali ini sebagai adunan muka baharu dan lama.

Selain daripada itu, empat pemain yang turut pernah dijadikan sandaran sebelum ini turut dipanggil kembali oleh Tan Cheng Hoe.

Antara pemain tersebut ialah pemain sayap, Mahali Jasuli yang beraksi cemerlang sejak menyertai PKNS FC, dan pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad yang beraksi cemerlang dalam beberapa siri perlawanan Liga Malaysia pada musim ini.

Berikut adalah senarai penuh skuad negara yang diarah melaporkan diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya mulai Ahad ini, 18 Mac 2018.

Sumber rasmi: Persatuan Bola Sepak Malaysia

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!