Corak ‘V’ Jadi Tarikan Baharu Jersi Kedah, Imbau Kenangan Juara Liga Super 2006/2007

Sebentar tadi, Kedah Darul Aman telah pun melancarkan jersi baharu mereka bagi musim 2022 di laman Facebook rasmi untuk tatapan para penyokong Sang Kenari.

Pada musim ini Kedah masih lagi mengekalkan penaja bagi jersi mereka iaitu Lotto sejak dari tahun 2019 setelah sebelum itu skuad ini ditaja oleh Al Ikhsan.

Untuk musim ini, pelancaran jersi dibuat secara maya memandangkan kes Covid-19 masih lagi sedang merebak di pelusuk negara dengan sebelum itu, rancangan pra-pelancaran diakan terlebih dahulu yang dihoskan oleh Zainal Abidin Rawop.

Menurut info yang dikeluarkan, jersi home Kedah pada musim ini dihiasi dengan warna serba kuning dengan rekaan mural padi yang disemat di dada pemain melalui kesan kain timbul 3D.

Menurut laman rasmi tersebut, kain yang digunakan pada jersi kali ini lebih eksklusif dan ringan dengan hanya seberat 135gsm serta logo jenis silikon yang diwarna penuh bersama teknologi ‘deep dry’ oleh Lotto.

Untuk jersi away pula dilihat telah mengembalikan reka bentuk ‘V’ yang sebelum ini pernah digunakan pada jersi-jersi terdahulu Kedah dengan mengenakan warna merah.

Rekaan ciri-ciri lain semuanya sama sahaja seperti jersi home melainkan logo tajaan disusun sedikit berbeza.

Selain itu, Kedah juga turut melancarkan tiga jersi untuk penjaga gol. Warna oren, biru, dan kelabu menjadi pilihan pasukan tersebut musim ini untuk saingan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Untuk sesiapa yang berminat bagi mendapatkan jersi ini, harga pengenalan bermula dengan RM139 bagi versi authentic dan RM99 bagi jenis replika.

Untuk info lebih lanjut, pra-tempahan juga sudah dibuka menerusi laman shopee rasmi Kedah dan jika sesiapa yang ingin melihat dengan lebih dekat, mereka boleh mengunjungi Stor Rasmi Kedah di tingkat 1, Wisma PKNK, Alor Star.

Tempahan sudah boleh dibuat pada jam 3:30 petang tadi dan stok sedia ada pada 25 Mac 2022 ini untuk para penyokong.

Kini Kedah sudah pun mempersiapkan keseluruhan pasukan termasuk dengan pelancaran jersi sebentar tadi menjelang aksi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai sedikit masa sahaja lagi.

Skuad ini juga sudah pun lengkap menandatangani lima pemain import baharu untuk memperkuatkan cabaran tahun 2022 dengan mengikat Ronald Ngah Wanja dari Cameroon, Jang Suk Won yang mewakili slot Asia dari Korea Selatan, pemain Thailand iaitu Dennis Buschening, bekas pemain Terengganu dari Ivory Coast iaitu Dechi Marcel, serta Marc Vales yang merupakan pemain kebangsaan andorra.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN