Quantcast

BERITA

Coppa Italia: Lazio Singkirkan AC Milan, Namun Dicemari Serangan Perkauman Teruk Ke Atas Bakayoko

Perlawanan separuh akhir Coppa Italia untuk timbal balik ke-2 – antara Lazio dan AC Milan menjadi perhatian.

Ini selepas insiden Bakayoko dan Frank Kessie yang mengarak jersi Lazio milik kapten Acerbi selepas kemenangan AC Milan dalam aksi liga ke atas Lazio.

Dalam aksi kedua ini, Lazio berjaya menyingkirkan AC Milan untuk mara ke perlawanan akhir.

Jaringan tunggal perlawanan adalah menerusi Joaquin Correa pada separuh masa kedua. Lazio melancarkan serangan balas selepas sepakan percuma AC Milan.

Ciro Immobile dengan cemerlang mencipta gol untuk Correa yang meleretkan bola ke penjuru rendah sebelah kiri.

AC Milan berjuang bermati-matian untuk menyamakan kedudukan. Mereka berjaya menjaringkan gol menerusi Patrick Cutrone, namun dibataljan kerana ofsaid.

Lazio akan bertemu sama ada Fiorentina ataupun Atalanta.

Correa menjadi penjaring tunggal dalam 2 perlawanan separuh akhir. Perlawanan pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Bakayoko diserang dengan sorakan perkauman

Sebelum perlawanan bermula, Bakayoko diejek oleh penyokong Lazio dengan sorakan berbentuk perkauman: “Pisang ini untuk kamu Bakayoko.”

Pegawai perlawanan juga memberikan amaran bahawa perlawanan mungkin akan ditunda selepas keadaan menjadi semakin teruk. Ada penyokong Lazio membawa kain rentang “Penghormatan Untuk Benito Mussolini.”

Para penyokong Lazio juga dilihat melakukan ‘salute’ Nazi yang berbentuk Fasisme.

Arahan dikeluarkan menerusi sistem pembesar suara di stadium untuk menghentikan sorakan perkauman itu, namun ianya tidak diendahkan penyokong Lazio dan mereka menyanyi lebih kuat.

SS Lazio dalam kenyataan rasmi mereka mengutuk serangan perkauman seperti itu yang dianggap melanggar prinsip kelab mereka selama 119 tahun.

FIGC pastinya perlu mengambil langkah lebih pro aktif ke atas perkara ini. Sudah beberapa insiden berlaku di dalam bola sepak Itali musim ini. Antaranya melibatkan Moise Kean.

Apa sahaja alasannya, sebarang kebencian perkauman itu tidak perlu ada di dalam bola sepak.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!