Gergasi eropah Real Madrid disingkirkan dari saingan Copa del Rey dengan cara memalukan apabila tewas kepada kelab divisyen ketiga yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain.
Skuad kendalian Zinedine Zidane mendahului melalui pemain pertahanan Eder Militao pada minit ke-45 perlawanan. Namun perlawanan diheret ke masa tambahan selepas Jose Solbes berjaya menyamakan kedudukan 10 minit sebelum masa sebenar tamat.
Real Madrid are knocked out of the Copa del Rey by third-division Alcoyano 🤭 pic.twitter.com/PsaXoVEfiN
— B/R Football (@brfootball) January 20, 2021
Alcoyano – beraksi di Segunda Divisyen B – kemudiannya beraksi dengan 10 pemain apabila Ramin Lopez dilayangkan kad kuning kedua.
Walaupun tempang tanpa seorang pemain, kelab kerdil itu mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol kemenangan melallui Juanan pada masa kecederaan untuk mengejutkan Los Blancos.
https://twitter.com/noob_fcb/status/1351994886204121093
“Saya ambil tanggungjawab ini dan apa sahaja yang akan berlaku selepas ini, akan berlaku [diterima],” kata Zidane selepas perlawanan.
https://youtu.be/uZuG0OS0BsQ
Zidane bergelar legenda Real Madrid apabila memenangi tiga kejuaraan Champions League sebagai pengurus tetapi kini berada di dalam tekanan.
Di saingan La Liga, Real Madrid ketinggalan empat mata di belakang Real Madrid yang mempunyai kelebihan dua perlawanan di dalam tangan.
https://twitter.com/noob_fcb/status/1352007699131719684
Real Madrid adalah juara 19 kali Copa del Rey, tetapi gagal menjulang trofi tersebut sejak tujuh musim lalu, dan hanya memenanginya sebanyak dua kali sejak 1993.
Lebih menyedihkan, ini adalah kali kelima pasukan dari divisyen ketiga menyingkirkan mereka sejak 2001.
https://twitter.com/noob_fcb/status/1352018965623689222
Real beraksi tanpa kapten pasukan Sergio Ramos yang akan tamat kontraknya pada musim panas akan datang dan bole meninggalkan kelab tersebut selepas 16 tahun bersama.
Zidane melakukan sembilan pertukaran untuk perlawanan ini berbanding skuad yang tewas kepada Athletic Bilbao dapal perlawanan Super Cup.