Copa America: VAR Kecewakan Brazil Untuk Diikat Venezuela

Brazil memiliki dua gol dinafikan oleh VAR apabila skuad Selecao sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Venezuela di Copa America.

Siulan dan cemuhan kedengaran di Arena Fonte Nova – seperti yang kedengaran di Sao Paulo minggu lalu – setelah Brazil gagal menghasilkan jaringan.

Jaringan Roberto Firmino tidak dibenarkan pengadil kerana foul pada babak pertama perlawanan, Manakala jaringan Gabriel Jesus dari jarak dekat, dan gol minit akhir Philippe Coutinho tidak dibenarkan selepas semakan VAR dilakukan akibat offside.


Keputusan tersebut membuatkan kedudukan di Kumpulan A masih terbuka, tatkala Peru, dan Venezuela turut masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Skuad Brazil menerima cemuhan penyokong sendiri pada waktu rehat perlawanan ketika menang 3-0 ke atas Bolivia kerana gagal menjaringkan gol di babak pertama perlawanan. Sedikit sebanyak perkara ini mendorong skuad kendalian Tite bermula dengan intensiti tinggi dalam perlawanan menentang Venezuela.

Arthur dinamakan dari kesebelasan utama menggantikan Fernandinho kali ini, dan beliau cemerlang membebaskan David Neres, sebelum penyudah penyerang Ajax itu melambung tinggi.

Seminit kemudian Venezuela hilang penguasaan bola, namun percubaan Richarlison berjaya diselamatkan penjaga gol Venezuela, Wuilker Farinez.

Kemudian ia giliran Venezuela memberi ancaman melalui Salomon Rondon, namun tandukan beliau pada minit ke-19 tidak menepati sasaran.

Enam minit kemudian Firmino berjaya menjaringkan gol, namun dibatalkan kerana kekasaran oleh penyerang Liverpool itu terhadap Mikel Villanueva. Kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Tite kemudiannya memasukkan penyerang Manchester City, Gabriel Jesus untuk Richarlison sebelum bermula babak kedua perlawanan, dan langkah itu tampak seperti berhasil apabila Jesus menjaringkan gol selepas sejam perlawanan berlangsung.

Namun gol tersebut dibatalkan selepas semakan VAR dilakukan, kerana Firmino sekali lagi dipersalahkan kerana berada dalam kedudukan offside.

Kekecewaan semakin jelas dari kalangan penyokong Brazil selepas itu. Pembatalan gol Coutinho di minit akhir perlawnaan – sekali lagi selepas semakan VAR – jelas tidak membantu mood penyokong Brazil yang hadir ke stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN